Jabatan Pembangunan Masyarakat melalui Bahagian Orang Kelainan Upaya, dengan kerjasama rakan strategik; Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Radio Televisyen Brunei dan Revolution Records telah menganjurkan Pertandingan Akhir dan Acara Kemuncak Program “OKU Serlahkan Bakatmu” (OKU Got Talent) 2025 sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2025. Acara berlangsung di Aras Bawah, Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas.