Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

Seramai 115 pelajar telah menerima bantuan persekolahan daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu. Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Jerudong.

1-Copy of IMG_4139.jpg

1/9/2025 9:00 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Pameran “Seni Untuk Semua” sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (OKU) 2024.

IMG_3499.jpg

12/18/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah merasmikan acara Pesta Ria Inklusif bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut pada 3 Disember setiap tahun bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan hari ini.

IMG_1563.jpg

12/15/2024 7:00 AM
  

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun ini telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Mesyuarat Berkaitan Kali Ke-21 (21st ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (21st SOMRDPE and Related Meetings) yang sedang berlangsung pada hari ini hingga 14 November 2024. Mesyuarat diadakan di The Rizqun International Hotel, Gadong.

20241112-SOMRDPE(Azin)-12.JPG

11/12/2024 8:00 AM
  

Selaku peneraju bagi memastikan kesejahteraan dan keterlibatan warga emas dalam menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Brunei Medical Students Association (BMSA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Warga Emas bagi meraikan pemenang-pemenang sepuluh (10) teratas bagi “The Golden Milestones” dan pertandingan Boling ‘Strikes for Gold’ antara Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh negara dan Pertubuhan Wargamas sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024 (HAWE2024). Majlis diadakan di Kompleks Sukan Jerudong.

JOHAN Persatuan Wargamas (Kategori Lelaki).jpg

10/31/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Persatuan Jururawat, Negara Brunei Darussalam (PENJURU) bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan petang ini.

IMG_2239.jpg

10/21/2024 3:30 PM
  

Bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah bagi Musabaqah Tilawatil Al-Quran Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh daerah pada petang tadi bertempat di Dewan Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

IMG_1422.jpg

10/2/2024 2:00 PM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Perkhidmatan bagi Operasi dan Penyelenggaraan Pusat Panggilan Kebangsaan Child Helpline 121 dan Talian Kebajikan 141 dengan Comquest Sendirian Berhad petang tadi di bangunan KKBS.

IMG_0871.jpg

8/27/2024 2:30 PM
  

Merafak Sembah Ucapan Tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena puja usia Baginda Ke-78 Tahun pada 15 Julai 2024.


WhatsApp Image 2024-07-14 at 19.07.44.jpeg

7/15/2024 6:00 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan bagi Program Biasiswa Anak Yatim bagi Tahun Akademik 2023 dan Tahun Akademik 2024 kepada 4 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk mengikuti Program BIBD ALAF dengan dibiayai melalui dana Tabung Anak-anak Yatim di bawah JAPEM. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_9798.jpg

6/18/2024 2:00 PM
  

Seramai 60 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, keb​akaran dan tanah susur telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hasanal Bolkiah.

IMG_9687.jpg

6/8/2024 3:00 PM
  

Pada 22 Mei 2024, satu majlis penyerahan sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye telah diadakan di ibu pejabat Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Ankara, Republik Turkiye sebagai menandakan pemindahan derma sumbangan melalui tabung kemanusiaan tersebut.

1.jpg

6/8/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat-penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah menerima sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri bagi tabung berkenaan bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

04-06-2024 Donation_CaptFileInfo-8.jpg

6/4/2024 9:30 AM
  

Seramai 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Setia B dan rumah roboh Kampong Peramu yang berlaku pada 11 Mei 2024 telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.

IMG_9166.jpg

6/3/2024 2:00 PM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Lapan Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Satu Sen (BND8,177.21) daripada tiga buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​

BRIGHT SKY.png

1/18/2024 9:00 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini telah menerima sumbangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Bahagian Kumpulan Perbankan Runcit (RBG).

IMG_7903.jpg

8/15/2023 2:30 PM
  

Satu majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada 7 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, angin kencang dan rumah roboh telah diadakan hari ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_2829.jpg

8/8/2023 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Isnin, 10 Julai 2023 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria hari ini daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak BND303,626.16. Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah dibukakan kepada orang ramai pada 14 Februari 2023 dan ditutup secara rasmi pada 14 Mei 2023.​

UPA_4813.jpg

7/10/2023 9:00 AM
  

Jumaat, 17 Mac 2023- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad telah melancarkan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1444/2023 hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_0241.jpg

3/17/2023 9:00 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima dua sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022, iaitu daripada Kementerian Pertahanan berjumlah Dua Ribu Sembilan Ratus Empat Belas Ringgit (BND2,914.00) dan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjumlah Sepuluh Ribu Ringgit (BND10,000.00). Majlis berlangsung hari ini di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_9053.jpg

1/5/2023 10:00 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan persatuan-persatuan bukan kerajaan meraikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali Ke-16 dengan tema Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Setiap Kanak-Kanak atau “A Better Future for Every Child”.

DSC02220_result.jpg

11/21/2022 9:00 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 6 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah dan angin kencang. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan KKBS.

IMG_7895_result.jpg

11/12/2022 3:00 PM
  

SABTU, 20 OGOS 2022 - Forum Prepanita Sesi Kedua bertajuk "Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan" anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan dilanjutkan kepada penuntut-penuntut IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Brunei Muara.

IMG_7627.jpg

8/20/2022 9:00 AM
  

​Bandar Seri Begawan, Ahad, 9 Mei 2021 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Hua HO Department Store telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyerahan derma daripada Hua Ho Department Store kepada 300 orang penerima yang terpilih daripada golongan yang memerlukan pada hari ini.

184469414_5414152505321591_3641865086801101821_n.jpg

5/9/2021 6:00 PM
  

​Khamis, 29 April 2021 - Dalam usaha menyemarakkan bulan Ramadhan yang mulia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya jaringan-jaringan kebeliaan dan kemasyarakatan, telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadhan secara serentak di empat daerah iaitu Daerah Brunei Muara; Daerah Temburong; Daerah Belait; dan Daerah Tutong bagi tahun 1442H/2021M. Program ini menumpukan kepada aktiviti Tadarus Al-Quran di masjid-masjid terpilih dan ziarah ke kediaman-kediaman golongan yang memerlukan perhatian.

29.04.21-KembaraRamadhanBSB.Infofoto.jpg

4/29/2021 1:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Rabu, 28 April 2021 - Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menganjurkan Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung pada hari ini 28 April 2021, secara serentak di lapan buah lokasi iaitu Dewan Kemasyarakat Menteri; Dewan Muhibbah; Dewan Kemasyarakat Sengkurong; Dewan Kemasyarakatan Lambak, Jalan II; Kompleks Sukan Sungai Kebun; Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu; Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas; dan Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

MP1-28.04.21-Derma Anak Yatim.jpg

4/28/2021 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 03 Disember 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi paduka Ayahanda dan paduka Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman pada petang ini.

031220-Majlis Tahlil Sempena Hari OKU (1).jpg

12/3/2020 2:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Isnin, 30 November 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sutan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan berangkat mengadakan Lawatan Tidak Berjadual ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

30112020_Lawatan Tidak Berjadual (3).jpg

11/30/2020 9:00 AM
  

Tutong, Ahad, 29 November 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan hari terbuka dan aktiviti sukan ria di Pusat Bahagia Daerah Tutong pada pagi ini bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang diraikan setiap tahun pada 3 Disember dengan temanya pada tahun ini "Bukan Semua Kelainan Upaya Itu Nampak Dari Mata Kasar" (Not All Disabilities Are Visible).

29112020_Hari terbuka Pusat Bahagia Tutong (1).jpg

11/29/2020 7:00 AM
  

JERUDONG, Sabtu, 21 November 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali ke-14 pagi ini dengan tema sambutan "reimagine a better world" bertempat di The Colonnade, Jerudong Park Playground.

21112020_UCD 2020 (11).jpg

11/21/2020 8:00 AM
1 - 30Next