Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKaunseling

​​​Unit Kaunseling, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menyediakan perkhidmatan kaunseling secara profesional dan percuma kepada klien-klien JAPEM serta masyarakat yang memerlukan sokongan dalam mengubah ataupun memperbaiki gaya hidup yang sihat dan berdaya tahan, di samping menangani pelbagai cabaran.

Unit ini komited membantu ​klien menangani pelbagai isu - daripada cabaran peribadi, kekeluargaan, hingga kepada masalah sosial dan emosi. Antara contoh isu yang ditangani termasuk:

  • Masalah sosial dan emosi
  • Remaja yang sukar dikawal
  • Pengabaian dan eksploitasi
  • Keganasan rumah tangga
  • Penderaan seksual
  • dan lain-lain
JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING

Perkhidmatan kaunseling terbuka untuk semua sama ada secara mandatori atau hadir sendiri (walk-in).

Antara jenis kaunseling adalah:

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Pasangan
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan dan Motivasi
  • Program atau aktiviti kaunseling yang boleh direka khusus mengikut keperluan kumpulan sasaran / klien (tertakluk kepada ketersediaan Unit Kaunseling)
TATACARA MEMOHON PERKHIDMATAN KAUNSELING
Tatacara perkhidmatan Kaunseling.png
**sample imej bagi tatacara memohon perkhidmatan kaunseling

Semua permohonan sama ada melalui rujukan atau secara hadir sendiri (walk-in) akan menjalani sesi pengambilan kaunseling (intake session) bersama kaunselor bertugas (Counsellor On Duty). Sesi ini berbentuk temuduga bertujuan untuk memahami latar belakang klien sebelum penjadualan sesi kaunseling selanjutnya.​

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Kad pengenalan asal
  • Surat beranak asal (bagi individu yang belum mempunyai kad pengenalan)
Jika awda atau seseorang yang awda kenali memerlukan sokongan, kami di sini bersedia untuk membantu.