Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTaraf Kerakyatan atau Penduduk Tetap Bagi Anak Angkat

PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN TARAF KERAKYATAN DAN PENDUDUK TETAP BAGI ANAK ANGKAT

  • Pemohon hendaklah menghadapkan permohonan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
  • Permohonan berkenaan akan dipanjangkan oleh Jabatan Imigeresen ke Jabatan Pembangunan Masyarakat untuk penyiasatan lanjut
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menyediakan laporan sosial mengenai pemohon dan anak angkat tersebut dan menghadapkannya ke Jabatan Imigeresen bagi pertimbangan selanjutnya
  • Bagi penyediaan laporan sosial, Pekerja Sosial membuat perjanjian menemubual pemohon, dan seterusnya akan mengadakan lawatan ke rumah
  • Perkara penting yang diberi tumpuan utama bagi penyediaan laporan sosial ialah kebajikan dan kesejahteraan anak angkat tersebut terutama dari aspek penilaian terhadap keupayaan keluarga, seperti keperluan takaful bagi perlindungan perbelanjaan perubatan; aspek kewangan; keadaan tempat tinggal; dan persekolahan


Bil
Dokument Yang Diperlukan
Jumlah Salinan
​1
​Borang Permohonan Bagi Pengangkatan Anak
2​
2​ ​Kad Pengenalan Pemohon
​2
​3
Sijil Nikah Pemohon​ ​2
​4
Surat Pengakuan Pemohonan / Statutory Declaration
[Dari Mahkamah Sivil]​
​2
​5
​Surat Pengakuan Keluarga Kandung / Statutory Declaration
[Dari Mahkamah Sivil]
​2
​6
​Surat Izin Bagi Satu Pengambilan Anak Angkat
[Dari Mahkamah Sivil]
​2
​7
​Surat Beranak Anak Angkat
​2
​8
​Pasport / Surat Perjalanan Anak Angkat
​2
​9
​Slip Gaji Pemohon Terkini [Suami Isteri]
​2
​10
Buku Akaun Bank Dan Penyata Akaun Terkini Permohonan 
[Suami Isteri] *Terkini*
2
​11
​Buku Akaun Bank Anak Angkat dan Penyata *Terkini* 
atau 
Insuran Perubatan Anak Angkat 
2
​12
​Laporan Pencapaian Pelajaran Anak Angkat
(Jika Sudah Bersekolah)
​2
​13
​Gambar Anak Angkat
[Ukuran Gambar Pasport]
​2 Keping
​14
​Gambar Permohon Suami Isteri
[Ukuran Gambar Pasport]
​2 Keping seorang
​15
​Kad Pengenalan Ibubapa [Kandung]
​2
​16
​Sijil Nikah Ibubapa [Kandung]
​2
​17
Dokumen-Dokumen Yang Ingin Disertakan Untuk Rujukan​ 2


Mereka yang hadir semasa temubual dijalankan ialah:

  • Pemohon suami isteri.
  • Anak Angkat yang dipohonkan.
  • Bapa/Ibu kandong Anak Angkat, jika ada.