Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

JERUDONG, Sabtu, 21 November 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali ke-14 pagi ini dengan tema sambutan "reimagine a better world" bertempat di The Colonnade, Jerudong Park Playground.

21112020_UCD 2020 (11).jpg

11/21/2020 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Juma'at, 20 November 2020 - Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang diraikan setiap 20 November di seluruh dunia, Negara Brunei Darussalam juga akan turut menyambut dan meraikan hari tersebut sebagai komitmen Negara Brunei Darussalam yang telah meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Rights of the Child, CRC) pada 27 Disember 1995.

Penyalaan Lampu Biru Di Dua Jambatan Sempena UCD 2020 (1).jpg

11/20/2020 7:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 November 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada Dayang Noriah binti Haji Tuah iaitu mangsa bencana kebakaran yang berlaku di No.1568A, Kampung Limau Manis pada 4 November 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

07112020_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

11/7/2020 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 05 November 2020 - Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada Awang Haji Suzaini bin Abdullah mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Lot 1059, No. 34, Jalan Kecil Kenapol, Kampung Labi pada 27 Oktober 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Rawatan Kebakaran, Kospital RIPAS.

05112020_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

11/5/2020 9:00 AM
  

TUTONG, Selasa, 03 November 2020 - Bersempena dengan Hari Antarabangsa Warga Emas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) sekali lagi mengadakan Bengkel Asas Bahasa Isyarat khusus untuk ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Tutong selama tiga hari, bermula 03 November hingga 05 November 2020 di Dewan Seri Kenangan Tutong.

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (1).jpg

11/3/2020 3:00 PM
  

BELAIT, Khamis, 22 Oktober 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) selama tiga hari (20-22 Oktober) telah pun menutup tirainya pada petang ini dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada 17 orang peserta bengkel yang terdiri daripada ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Belait dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Belait bertempat di Dewan Persidangan Belait, Daerah Belait.

22102020_Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Asas Bahasa Isyarat Sempena HAWE Daerah Belait (1).jpg

10/22/2020 4:00 PM
  

KUALA BELAIT, Selasa, 20 Oktober 2020 - Penyertaan dalam Bengkel Asas Bahasa Isyarat dilihat sebagai titik permulaan untuk golongan warga emas bersatu hati dan bekerjasama dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai salah satu pendekatan secara Whole Of Nation demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka dalam sama-sama menghadapi dunia yang semakin mencabar.

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (7).jpg

10/20/2020 3:00 PM
  

TEMBURONG, Khamis, 15 Oktober 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat anjuran Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) menutup tirainya hari ini dengan Majlis Penyampaian Sijil yang berlangsung di Dewan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

151020_Bengkel Isyarat JAPEM Temburong (14).jpg

10/15/2020 4:00 PM
  

Berakas, Sabtu, 10 Oktober 2020 - Pameran Kesihatan Mental atau Mental Health Fair kini berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Kampus Sultan Saiful Rijal bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang disambut setiap 10 Oktober.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (4).jpg

10/10/2020 2:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 6 Oktober 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya, JAPEM; Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan; Jabatan Opthalmology, Kementerian Kesihatan; dan Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Perasmian Braille, Orientasi dan Mobiliti kali Ke-2 bagi tahun 2020 pada petang ini di Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Kampung Pulaie.

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (4).jpg

10/6/2020 3:00 PM
  

Temburong, Ahad, 04 Oktober 2020 - Majlis Pemedulian Masyarakat di Rumah Panjang Lempong Lama berlangsung pagi ini.

041020_Majlis Pemedulian Masyarakat (4).jpg

10/4/2020 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Juma'at, 02 Oktober 2020 - Bengkel Latihan Garis Panduan Kebangsaan Permakanan dan Kegiatan Fizikal bagi Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam berlangsung selama 2 hari bermula 02 hingga 03 Oktober 2020.

021020_Bengkel Latihan Garis Panduan Permakanan dan Kegiatan Fizikal (3).jpg

10/2/2020 2:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Oktober 2020 - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyerahkan flat Anggerek Desa kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), sebuah persatuan NGO sebagai pejabat baharu mereka. Flat baharu MKM kini beralamat di C-2, no. 12, Tingkat 3, Spg 32-5, Kg Anggerek Desa.

011020.Majlis Penyerahan Flat Anggerek Desa (4).jpg

10/1/2020 5:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Oktober 2020 - Bersempena dengan Hari Antarabangsa Warga Emas Tahun 2020, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh daerah dan Pertubuhan WARGAMAS serta Persatuan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), meraikab sambutan berkenaan dengan mengadakan Majlis Kesyukuran, bertempat di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

01102020 Masjid Tamoi-Majlis Sambutan HAWE 2020 (1).jpg

10/1/2020 2:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 29 September 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di STKRJ Kampung Tanah Jambu, Bukit Sibanging, Daerah Brunei Muara pada 22 September 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpg

9/29/2020 8:00 AM
  

Tutong, Khamis, 24 September 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang telah diadakan selama 3 hari telah pun menutup tirainya pada petang ini dengan mengadakan Majlis Penutup. Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong.

240920_Majlis Penutup Bengkel (1).jpg

9/24/2020 4:00 PM
  

Tutong, Selasa, 22 September 2020 - Bahasa Isyarat merupakan medium yang sangat penting untuk orang awam berinteraksi dan berkomunikasi dengan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran, dan penguasaannya akan menjadi kemahiran sepanjang hayat bagi membantu merapatkan jurang komunikasi bersama golongan berkenaan.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (1).jpg

9/22/2020 2:00 PM
  

PULAIE, Isnin, 21 September 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Big BWN Project mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Go Digital ASEAN kepada peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, di sini.

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (9).jpg

9/21/2020 10:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Ahad, 20 September 2020 - Penyakit Demensia sering disalahertikan dan perlu ditingkatkan dari segi pengetahuan dan pemahaman di setiap peringkat masyarakat tempatan di negara ini.

200920_Demensia.JPG

9/20/2020 8:00 AM
  

Tutong, Khamis, 17 September 2020 - Peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Tutong.

edpmo 3.jpg

9/17/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 11 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba, Daerah Brunei Muara pada 8 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

110820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

8/11/2020 9:30 AM
  

Bandar Seri Begawan, Isnin, 10 Ogos 2020-  Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran  yang berlaku di Kampung Subok, Daerah Brunei Muara pada 7 Ogos  2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

100820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

8/10/2020 9:00 AM
  

Tutong, Sabtu, 08 Ogos 2020 - Majlis Kesyukuran Menaiktaraf Pusat Belia Daerah Tutong dan Penyerahan Buku Garis Panduan Pusat Kegiatan Warga Emas telah berlangsung pagi ini.

116733501_4130447853692069_6941357876173064554_n.jpg

8/8/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, 06 Ogos 2020 - Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah menganjurkan secara dalam talian iaitu WEBINAR: Perkhidmatan Pelanggan yang disertai oleh jabatan-jabatan yang berkenaan.

116918471_4121456127924575_8463385126183717225_n.jpg

8/6/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 4 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana angin kencang dan atap terbang yang berlaku di Rumah Panjang Apak-Apak, Kampung taung, Mukim Sukang, Daerah Belait pada 30 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

040820 Penyerahan Bantuan Kewangan (2).jpeg

8/4/2020 9:15 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Bantuan lampin pakai buang dan susu yang telah dan terus diungkayahkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada penerima-penerima bantuan dalam kalangan warga emas yang berkeadaan uzur (bed ridden) serta berkehidupan susah menurut garispanduan yang ditetapkan kini diagihkan secara in-kind.

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (1).jpeg

7/30/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Katok B, Daerah Brunei dan Muara pada 22 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

300720 Penyerahan Bantuan Kewangan (1).jpeg

7/30/2020 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 Julai 2020 – Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyelenggarakan kursus secara maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

290720.Webinar-Norma Baharu (11).jpg

7/29/2020 10:00 AM
  

​Bandar Seri Begawan, Sabtu, 25 Julai 2020Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lawatan rasmi daripada Aewon Brunei ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Kampung Lambak Kanan dan Pusat Bahagia, Kampung Pulaie.

WhatsApp Image 2020-07-25 at 11.42.54 (2).jpeg

7/25/2020 9:00 AM
  

​Bandar Seri Begawan, Khamis, 23 Julai 2020Majlis Penyerahan Sumbangan Derma kepada Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand pada 28 Julai 2020.

WhatsApp Image 2020-07-23 at 16.28.33.jpeg

7/23/2020 1:30 PM
1 - 30Next