"Mereka itu dikenang, dan akan terus dikenang. Kerana di antara sekian ramai warga tua itu, tentu sahaja terdapat sekian ramai pula mereka yang berjasa kepada negara"
Titah Kebawah DYMM pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an peringkat Negara Tahun 1427 Hijrah / 2006 Masihi.
Struktur
Visi
Kearah individu yang bertanggungjawab, berdikari, penyayang dan produktif.
Misi
Meningkatkan keupayaan individu dalam mengatasi cabaran sosio-ekonomi masa kini dan mendatang.
Objektif
- Memberikan perhatian, pemedulian dan menghargai akan kewujudan Warga Emas dan golongan tertentu di negara ini.
- Memastikan Warga Emas dan golongan tertentu sentiasa mendapat pemedulian yang secukupnya.
Tugas dan Tanggungjawab
- Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pencen dan elaun mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya, 1954, iaitu, permohonan Pencen Umur Tua dan Pencen & Elaun Hilang Upaya, seperti membuat pendekatan, sokongan, pembayaran dan siasatan ulangan;
- Mengetuai Urus Setia kepada Jawatankuasa Pelan Tindakan Isu Warga Emas;
- Mengendalikan pembayaran wang Pencen Umur Tua dan Pencen & Elaun Hilang Upaya
- Bertanggungjawab dalam urus tadbir Tabung Pusat Kegiatan Warga Emas;
- Mengkaji, menyelidik dan menganalisa kes-kes yang berkaitan dengan Warga Emas, orang yang berkecelaruan mental dan orang kelainan upaya.
- Menyelaras dan menganjurkan latihan, kursus, simposium dan kempen-kempen yang berkaitan dengan Warga Emas.;
- Menyelaras penerbitan buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan Warga Emas.
Strategi
- Menggalakkan pembangunan Warga Emas dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan.
- Mempertingkatkan dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
- Melindungi kebajikan dan kesejahteraan Warga Emas
- Mewujudkan sistem sokongan mesra Warga Emas.
Unit Pencen
Skim Pembayaran Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya telah dikuatkuaskan pada 1 Januari 1955, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, pada ketika Sultan yang Ke-28 bagi Negara Brunei Darussalam, supaya skim ini dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan Negara yang Pertama.
Skim ini adalah bertujuan:-
- "bagi memastikan golongan orang-orang tua dan orang-orang kelainan upaya di negara ini mendapat pemeliharaan yang secukupnya daripada pihak Kerajaan" - Ucapan Hari Natal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 24 Disember 1955.
- "sebagai pengiktiraf dan penghargaan (recognition and appreciation) ke atas sumbangan yang telah dan pernah diberikan oleh warga tua dalam kemajuan ekonomi" ucapan Pegawai Daerah Belait semasa pembayaran pencen dilaksanakan buat pertama kalinya pada bulan April, 1955.
- Bagi membantu Warga Emas menyara keperluan seharian mereka dan menjalani kehidupan yang bermaruah (dignify living).
Matalamat Utama
- Tanda kesyukuran kerana mencapai usia 60 tahun ke atas tanpa mengira status.
- Meningkatkan taraf hidup dikalangan rakyat dan penduduk tetap yang sudah berumur 60 tahun ke atas.
- Meningkatkan taraf hidup golongan orang kelainan upaya dan keluarga mereka.
Kategori-Kategori Pencen dan Elaun Mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya 1954
1. Pencen Umur Tua 60 Tahun (Pemohon Sahaja)
- Tidak kurang dari 10 tahun
(bagi yang lahir di Negara Brunei Darussalam
- Tidak kurang dari 30 tahun
(bagi yang lahir di luar Negara Brunei Darussalam)
- Tidak pernah meninggalkan Negara Brunei Darussalam melebihi 3 bulan secara beturut-turut.
2. Pencen Orang Buta (Termasuk Tanggungan)
- Berumur 15 tahun dan ke atas.
- Tidak mempunyai pekerjaan / pendapatan tetap.
- Bermastautin / menetap di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 10 tahun.
- Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
3. Elaun Bercelaru Mental (Termasuk Tanggungan)
- Berumur 15 tahun dan ke atas.
- Tidak mempunyai pekerjaan / pendapatan tetap.
- Bermastautin / menetap di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 10 tahun.
- Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
4. Pencen Hilang Upaya (Pemohon Sahaja)
- Berumur 15 tahun dan ke atas.
- Tidak mempunyai pekerjaan / pendapatan tetap.
- Bermastautin / menetap di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 10 tahun.
- Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
5. Elaun Penyakit Hansen/Kusta (Termasuk Tanggungan)
- Berumur 15 tahun dan ke atas.
- Tidak mempunyai pekerjaan / pendapatan tetap.
- Bermastautin / menetap di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 10 tahun.
- Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
6. Elaun Kurang Upaya
- Warganegara Negara Brunei Darussalam.
- Berumur 15 tahun dan ke bawah.
- Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
- Berstatus penduduk tetap yang 'stateless'.
- Lahir di Negara Brunei Darussalam
- Mempunyai pengesahan kurang upaya dari Pegawai Perubatan Kerajaan
Kadar Bayaran Pencen Umur Tua Sejak Tahun 1955
Kadar-Kadar Pencen dan Elaun Hilang Upaya
1. Kadar-Kadar Pencen dan Elaun yang dihulurkan kepada Pemohon-Pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
BIL
| JENIS-JENIS PENCEN DAN ELAUN
| KADAR BAYARAN
|
1 | Pencen Hilang Upaya (berumur 15 tahun ke atas)
| $250.00
|
2
| Pencen Orang Buta
| $250.00
|
3
| Elaun Orang Bercelaru Mental
| $250.00
|
4
| Elaun Penyakit Hansen
| $250.00
|
5
| Elaun Kurang Upaya (berumur 15 tahun ke bawah)
| $150.00
|
2. Kategori Tanggungan
Kategori tanggungan adalah seperti berikut:-
Hanya untuk:
1. Pencen Orang Buta
2. Elaun Orang Bekecelaruan Mental
3. Elaun Penyakit Hansen
BIL
| TANGGUNGAN
| KADAR PEMBAYARAN
|
1 | Isteri | $188.00
|
2
| Anak yang berumur 15 tahun ke atas
| $188.00
|
3
| Anak yang berumur 15 tahun ke bawah
| $133.00 |
Prosedur Memohon
1. Pemohon dikehendaki ke Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
2. Menghadapkan permohonan melalui surat jika pemohon berkeadaan uzur dan tidak dapat datang ke pejabat.
Dokumen Yang Dikehendaki
1. Bagi Pencen Umur Tua
- Salinan kad pengenalan yang tidak mansuh
- Sebarang Salinan dokumen yang berkenaan bagi mengesahkan keberadaan pemohon yang lahir di luar Negara Brunei Darussalam:-
- Pasport
- Permit masuk.
- Sijil nikah / sijil cerai
- Sijil kerakyatan.
- Kad pengenalan / surat beranak anak-anak (jika perlu)
- Surat lantikan perkhidmatan / rekod perkhidmatan / rekod servis (jika perlu)
- Sijil memeluk agama Islam.
- Lain-lain dokumen yang sah (jika perlu).
2. Bagi Pencen dan Elaun Hilang Upaya
- Salinan kad pengenalan / surat beranak pemohon.
- Salinan kad Bru-HIMS pemohon.
- Salinan kad pengenalan / surat beranak anak-anak yang di bawah tanggungan.
- Surat pengesahan dan keterangan Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Cara Pembayaran Kepada Penerima-Penerima
- Pembayarannya melalui penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong dan pegawai-pegawai pencen.
- Pembayaran melalui bank
- Penerima yang telah ditetapkan hendaklah datang ke kaunter pembayaran di Tingkat 1, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
Projek Memeduli Warga Emas (PMWE)
Latar Belakang
Kesejahteraan dan kebajikan warga emas yang kurang bernasib baik turut menjadi perhatian projek ini adalah langkah proaktif bagi mengatasi permasalahan disebabkan oleh kesihatan yang terjejas, kecacatan ataupun yang tidak mempunyai dukungan keluarga yang mantap serta menitikberatkan penglibatan ahli keluarga, masyarakat sekeliling dan para sukarelawan- Dilancarkan pada 22 Jun 2005 oleh Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Daerah Belait pada 16 April 2007 oleh Pegawai Daerah Belait.
- Daerah Tutong pada 14 Ogos 2008 oleh Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Penerangan Projek
- Memberikan khidmat sukarela kepada warga emas.
- Melibatkan ahli keluarga bagi memeduli warga emas.
- Melibatkan sukarelawan / individu yang berminat.
- Melibatkan pihak swasta dan Badan-badan bukan kerajaan.
- Memberi khidmat sokongan kepada Warga Emas yang memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Objektif
- Meningkatkan taraf kehidupan Warga Emas dari segi fizikal, emosi dan sosial, serta menyediakan bantuan dalam mengendalikan aktiviti kehidupan harian.
- Mengekalkan nilai-nilai keluarga agar Warga Emas akan terus dihormati dan diberi perhatian.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai, sektor swasta dan Badan-badan bukan kerajaan mengenai keperluan penjagaan terhadap golongan Warga Emas bagi mengekalkan daya kehidupan harian yang optima.
- Meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan menjaga dan memeduli Warga Emas.
Klien Sasaran
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Warga Emas yang memerlukan sokongan bantuan dalam aktiviti kehidupan harian.
- Tinggal berseorangan.
Pemberi Khidmat
- Ahli keluarga.
- Sukarelawan / individu yang berminat.
- Kejiranan kampong.
- Badan-badan bukan kerajaan.
Khidmat Sokongan Yang Diberikan
- Membantu Warga Emas dalam melakukan aktiviti harian, seperti kebersihan diri, penyediaan makanan, jadual pengambilan ubat dan sebagainya.
- Aktiviti rekreasi dan riadah.