Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Kompleks Pemulihan Perlindungan dan Probesyen

Visi

Ke Arah Insan Yang Berdaya Tahan

Misi

Membantu membentuk sikap percaya diri individu melalui BIMBINGAN, PEMULIHAN dan PERLINDUNGAN agar menjadi individu berguna kepada ugama, bangsa dan negara

Keterangan Ringkas

Bahagian ini mengandungi 3 unit iaitu:

  • Unit Pemulihan;
  • Unit Perlindungan; dan
  • Unit Probesyen

Di samping itu, terdapat juga unit-unit lain di bahagian ini seperti Unit Pentadbiran, Unit Rekod dan Unit Program.

Bahagian ini juga mempunyai institusi pemulihan dan perlindungan iaitu Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) yang ditubuhkan pada tahun 1982

Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) Belimbing

Kompleks ini menempatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun mengikut perintah mahkamah dan berfungsi sebagai:

  • Tempat Keselamatan;
  • Sekolah yang diluluskan dan rumah yang diluluskan;
  • Tempat Tahanan; dan
  • Rumah Tahanan

Cara Kemasukan

  • Perintah Mahkamah
    • Sivil
    • Juvana
    • Syariah
  • Perintah Pesuruhjaya (Pengarah JAPEM)
    • Rujuk dari Agensi-Agensi Kerajaan termasuk Polis, Hospital dan Imigresen
    • Rujuk dari Keluarga / Penjaga terdekat
    • Sukarela (Kes Perlindungan)

Unit Pemulihan

Keterangan Ringkas

Unit ini berperanan bagi memberikan penjagaan sementara kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang ditempatkan di KRK yang terlibat dengan masalah sosial / kes juvana

Fungsi

Memberikan pemulihan, bimbingan dan latihan kepada penghuni / residen agar menjadi seorang individu yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berdaya maju melalui program dan latihan yang diberikan

Perkhidmatan

  • Mengendalikan Rumah-Rumah Pemulihan
  • Memastikan pentadbiran dan pengurusan rumah-rumah pemulihan berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan
  • Mengadakan mesyuarakt 3K bersama Bahagian Perkhidmatan Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak dan Unit Kaunseling bagi meneliti dan penyelarasan kes-kes penghuni dan residen pemulihan

Akta Yang Digunakan

  • Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, 2010 (CYPA)

Tempoh penempatan

  • Penempatan adalah tertakluk kepada Perintah Mahkamah (Warrant Order), atau sehingga kes selesai

Jenis Rumah / Taman

NAMA RUMAH / TAMAN
PERANAN

Taman Noor Hidayah I

Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi perempuan-perempuan dan gadis-gadis di bawah umur 21 tahun yang terlibat dalam masalah sosial termasuk susah dikawal dan pelacuran.

Darul Irsyad Putera
Penempatan sementara (reman) bagi kanak-kanak dan orang muda (LELAKI) dibawah umur 18 tahun sehingga perbicaraan dan hukuman jatuh oleh mahkamah​
Darul Irsyad Puteri
​Penempatan sementara (reman) bagi kanak-kanak dan orang muda (PEREMPUAN) dibawah umur 18 tahun sehingga perbicaraan dan hukuman jatuh oleh mahkamah​
​Darussyafaah Putera
Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi kanak-kanak (LELAKI) dibawah umur 18 tahun yang dirujuk dan diperintahkan oleh mahkamah​
Darussyafaah Puteri
Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi kanak-kanak (PEREMPUAN) dibawah umur 18 tahun yang dirujuk dan diperintahkan oleh mahkamah


Khidmat Penjagaan:

  • Tempat Tinggal
  • Makan / Minum
  • Pakaian khusus
  • Pendidikan
  • Program dan Aktiviti
  • Kaunseling (Individu, Keluarga dan kelompok)
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Ujian Psikologi dan Psikiatri (Jika Perlu)
  • Pemeriksaan Air Kencing (Biro Kawalan Narkotik, (Jika perlu)

Program:

  • Bimbingan Ugama
  • Akademik
    • Pendidikan Teras
    • Pendidikan Ugama
  • Vokasional
    • Kelas ICT
    • Kelas Masakan
    • Kelas Tenunan
    • Kelas Potongan dan Jahitan
    • Kelas Songkok
    • Kelas Pertukangan Kayu
  • Dispilin

    • Kawad Kaki
    • Latihan Jasmani
  • Perkongsian Pintar dan Strategik bersama Persatuan Bukan Kerajaan (NGOs), Agensi Swasta dan Agensi Kerajaan
    • Kaunseling
    • Keugamaan
    • Kekeluargaan
    • Khidmat Komuniti
    • Sukan dan Rekreasi
    • 4K (Kepimpinan, Keusahawanan, Kesedaran dan Kemahiran Mandiri)
  • Penempatan Kerja
    • Penempatan Kerja bagi residen dengan kerjasama agensi luar

Unit Perlindungan

Keterangan Ringkas

Unit ini berperanan bagi memberikan penjagaan sementara wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun yang ditempatkan di KRK yang terlibat dengan masalah keluarga / sosial

Fungsi

Memberikan penjagaan dan perlindungan sementara yang selamat kepada individu yang memerlukan sehingga kes selesai

Perkhidmatan

  • Mengendalikan Rumah-Rumah Perlindungan
  • Memastikan pentadbiran dan pengurusan rumah-rumah perlindungan berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan
  • Mengadakan Mesyuarat 3K bersama Bahagian Perkhidmatan Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak dan Unit Kaunseling bagi penelitian dan penyelarasan kes-kes penghuni dan residen perlindungan

Akta Yang Digunakan

  • Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, 2010 (CYPA)
  • Akta Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis, Penggal 120 (PPDG)
  • Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 2010
  • Perintah Darurat (Perempuan Bersuami) 2010

Tempoh Penempatan

  • Perintah Mahkamah
    • Penempatan adalah tertakluk kepada Perintah Mahkamah (Warrant Order), atau sehingga kes selesai
  • Perintah Pesuruhjaya
    • Penempatan adalah sekurang-kurangnya 6 bulan atau berdasarkan kepada laporan sosial penghuni / residen

Jenis Rumah / Taman

NAMA RUMAH / TAMAN
PERANAN

Taman Noor Hidayah 2

Penempatan perlindungan dan penjagaan bagi perempuan-perempuan dan gadis-gadis di bawah umur 21 tahun yang menjadi mangsa termasuk kes-kes pengabaian, penganiayaan dan penderaan

Darul Irsyad Putera
Penempatan sementara (reman) bagi kanak-kanak dan orang muda (LELAKI) dibawah umur 18 tahun sehingga perbicaraan dan hukuman jatuh oleh mahkamah​
Darul Irsyad Puteri
​Penempatan sementara (reman) bagi kanak-kanak dan orang muda (PEREMPUAN) dibawah umur 18 tahun sehingga perbicaraan dan hukuman jatuh oleh mahkamah​
​Darussyafaah Putera
Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi kanak-kanak (LELAKI) dibawah umur 18 tahun yang dirujuk dan diperintahkan oleh mahkamah​
Darussyafaah Puteri
Penempatan pemulihan dan bimbingan bagi kanak-kanak (PEREMPUAN) dibawah umur 18 tahun yang dirujuk dan diperintahkan oleh mahkamah