Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKaunseling dan Khidmat Nasihat

Unit kaunseling JAPEM berperanan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada klien-klien Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan juga masyarakat yang memerlukan bantuan dalam mengubah/memperbaiki gaya hidup yang sihat dan berdaya tahan ketika menangani isu-isu yang dihadapi.

Antara isu yang ditangani adalah berkaitan dengan isu sosial, remaja sukar dikawal, eksploitasi, pengabaian dalam keluarga, keganasan rumahtangga, penganiayaan seks dan laim-lain.

Perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah secara percuma dan tidak terhad kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan sama ada secara mandatori atau tidak adalah seperti berikut:

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Pasangan
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan dan Motivasi
  • Program atau aktiviti kaunseling yang boleh direka khusus mengikut keperluan kumpulan sasaran/klien (tertakluk kepada ketersediaan Unit Kaunseling dan Sukarelawan)

CARA MEMOHON


Bagi semua kes kaunseling sama ada yang baru dirujuk atau hadir sendiri (walk-in), sesi pengambilan kaunseling (intake session) akan dijalankan terlebih dahulu secara temuduga oleh kaunselor yang bertugas (Counselor On Duty) bagi mengetahui latar belakang dan maklumat lanjut.

Seterusnya sesi kaunseling akan diberikan setelah kaunselor diselaraskan untuk menangani kes tersebut pada temujanji yang akan datang.

Orang ramai yang ingin memohon perkhidmatan kaunseling bolehlah:

  • Menghubungi talian 2333141 pada waktu pejabat bagi mendapatkan tarikh temujanji
  • atau terus berkunjung ke Unit Kaunseling dan Sukarelawan yang beralamat di:
Bangunan Bantuan Am, Jabatan Pembangunan Masyarakat
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Kg Pulaie (bersebelahan Pusat Bahagia)


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN MEMOHON

  • Kad Pengenalan asal
  • Surat Beranak asal (bagi individu yang belum mempunyai kad Pengenalan)

BORANG-BORANG

  • Borang boleh di muat turun melalui ruangan borang di laman utama
  • Borang sesi pengambilan kaunseling - untuk diisi sebelum sesi pengambilan kaunseling dijalankan. Borang ini akan diberikan semasa kita hadir ke Unit ini.

PROGRAM

  • Program P.E.E.R
    • Program ini bertujuan untuk menjadikan para belia sebagai sistem sokongan kepada rakan belia yang lain yang mengalami masalah kesihatan mental serta melengkapkan para belia dengan kemahiran dalam mengenal pasti masalah kesihatan mental, berempati dan menyelesaikan masalah melalui kaedah perbincangan dan ekspresi diri untuk berdaya tahan.