Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

Berakas, Sabtu, 10 Oktober 2020 - Pameran Kesihatan Mental atau Mental Health Fair kini berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Kampus Sultan Saiful Rijal bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang disambut setiap 10 Oktober.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (4).jpg

10/10/2020 2:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 6 Oktober 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya, JAPEM; Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan; Jabatan Opthalmology, Kementerian Kesihatan; dan Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Perasmian Braille, Orientasi dan Mobiliti kali Ke-2 bagi tahun 2020 pada petang ini di Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Kampung Pulaie.

061020_Perasmian Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti Kali Kedua bagi Tahun 2020 (4).jpg

10/6/2020 3:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Oktober 2020 - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyerahkan flat Anggerek Desa kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), sebuah persatuan NGO sebagai pejabat baharu mereka. Flat baharu MKM kini beralamat di C-2, no. 12, Tingkat 3, Spg 32-5, Kg Anggerek Desa.

011020.Majlis Penyerahan Flat Anggerek Desa (4).jpg

10/1/2020 5:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober 2020 - Bersempena dengan Hari Antarabangsa Warga Emas Tahun 2020, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh daerah dan Pertubuhan WARGAMAS serta Persatuan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), meraikan sambutan berkenaan dengan mengadakan Majlis Kesyukuran, bertempat di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi.

01102020 Masjid Tamoi-Majlis Sambutan HAWE 2020 (1).jpg

10/1/2020 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 29 September 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di STKRJ Kampung Tanah Jambu, Bukit Sibanging, Daerah Brunei Muara pada 22 September 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpg

9/29/2020 8:00 AM
  

Tutong, Khamis, 24 September 2020 - Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang telah diadakan selama 3 hari telah pun menutup tirainya pada petang ini dengan mengadakan Majlis Penutup. Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong.

240920_Majlis Penutup Bengkel (1).jpg

9/24/2020 4:00 PM
  

Bandar Seri Begawan, Ahad, 6 September 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Perlancaran Program Komuniti Kelas Jahitan bagi penghuni Pusat Penempatan Sementara, di Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie.

060920 Program Komuniti Kelas Jahitan (1).jpeg

9/6/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Rabu, 2 September 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di RPN Perumahan Teres Kg Tanah Jambu, Daerah Brunei Muara pada 29 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

020920 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

9/2/2020 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 11 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba, Daerah Brunei Muara pada 8 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

110820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

8/11/2020 9:30 AM
  

Bandar Seri Begawan, Isnin, 10 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Subok, Daerah Brunei Muara pada 7 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

100820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

8/10/2020 9:00 AM
  

Tutong, Sabtu, 08 Ogos 2020 - Majlis Kesyukuran Menaiktaraf Pusat Belia Daerah Tutong dan Penyerahan Buku Garis Panduan Pusat Kegiatan Warga Emas telah berlangsung pagi ini.

116733501_4130447853692069_6941357876173064554_n.jpg

8/8/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 4 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana angin kencang dan atap terbang yang berlaku di Rumah Panjang Apak-Apak, Kampung taung, Mukim Sukang, Daerah Belait pada 30 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

040820 Penyerahan Bantuan Kewangan (2).jpeg

8/4/2020 9:15 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Bantuan lampin pakai buang dan susu yang telah dan terus diungkayahkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada penerima-penerima bantuan dalam kalangan warga emas yang berkeadaan uzur (bed ridden) serta berkehidupan susah menurut garispanduan yang ditetapkan kini diagihkan secara in-kind.

30072020 Pengagihan Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu (1).jpeg

7/30/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Katok B, Daerah Brunei dan Muara pada 22 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

300720 Penyerahan Bantuan Kewangan (1).jpeg

7/30/2020 8:00 AM
  

​Bandar Seri Begawan, Sabtu, 25 Julai 2020 - Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lawatan rasmi daripada Aewon Brunei ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Kampung Lambak Kanan dan Pusat Bahagia, Kampung Pulaie.

WhatsApp Image 2020-07-25 at 11.42.54 (2).jpeg

7/25/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 23 Julai 2020 - Majlis Penyerahan Sumbangan Derma kepada Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand pada 28 Julai 2020.

WhatsApp Image 2020-07-23 at 16.28.33.jpeg

7/23/2020 1:30 PM
  

​Bandar Seri Begawan, Isnin, 20 Julai 2020 - Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Lumapas Daerah Brunei dan Muara pada 6 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_4148.jpg

7/20/2020 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai 2020 - Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 Tahun diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

160720.Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Keputeraan KE-74 (3).jpg

7/16/2020 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Selasa, 7 Julai 2020-  Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana angin kencang yang berlaku di Kampung Serdang, Daerah Brunei dan Muara pada 2 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​

WhatsApp Image 2020-07-07 at 11.19.23.jpeg

7/7/2020 12:00 AM
  

Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara pada 27 April 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kementerian, Belia dan Sukan.

MEI_01.jpg