Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan ditubuhkan pada tahun 1982 dan merupakan Institusi Kerajaan yang dijadikan tempat:-
- PERLINDUNGAN dan PENJAGAAN sementara bagi individu yang menghadapi masalah sosial.
- PEMULIHAN dan BIMBINGAN sementara bagi remaja yang bermasalah/kes juvana.
- RUMAH TAHANAN sementara bagi remaja yang terlibat dengan masalah juvana.
MISI DAN MATLAMAT- Memberikan PENJAGAAN dan TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA kepada penghuni dan residen sehingga kes mereka selesai.
- Memberikan PEMULIHAN, BIMBINGAN dan LATIHAN kepada penghuni dan residen agar menjadi seorang individu yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berdaya maju melalui program dan latihan yang diberikan.
- MEMBANTU membentuk IDENTITI penghuni dan residen dengan SIKAP PERCAYA DIRI sebagai bekalan kembali kepangkuan keluarga, masyarakat dan menjadi individu yang berguna kepada UGAMA, BANGSA dan NEGARA.
AKTA-AKTA YANG DIGUNAKAN- Akta Perlindungan Perempuan-Perempuan Dan Gadis-Gadis Penggal 120.
- Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan), Penggal 217.
- Akta Perempuan Bersuami (Pindaan), Penggal 190.
- Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Penggal 219.
CARA KEMASUKAN- Perintah Mahkamah
- Perintah Pesuruhjaya / Pelindung (Pengarah JAPEM)
- Rujukan dari agensi-agensi Kerajaan seperti Polis, Hospital, Sekolah, Imigresen dan lain-lain
- Rujukan dari keluarga / penjaga terdekat
- Secara sukarela
TEMPOH PERLINDUNGAN PEMULIHANPerintah MahkamahBagi kemasukkan atas Perintah Mahkamah, penempatan akan diberikan berdasarkan surat Perintah Mahkama atau sehingga kes penghuni selesai.
Perintah PesuruhjayaBagi kemasukkan atas Perintah Pesuruhjaya (PENGARAH JAPEM), penempatan adalah tidak kurang dari 06 bulan atau lebih berdasarkan kepada laporan perkembangan prestasi penghuni.
PERKHIDMATAN
KHIDMAT JAGAAN ASAS- Tempat tinggal
- Makan / Minum
- Pakaian
- Barang-Barang Keperluan Harian
- Pemeriksaan Kesihatan
- Mengikuti Program dan Aktiviti
PROGRAM / AKTIVITI- Pelajaran Akademik
- Pendidikan Agama/Moral
- Pelajaran Akademik Agama
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Latihan Vokasional
- Sukan dan Riadah
- Program-program Pembinaan Diri
- Kaunseling
- Lawatan Keluarga
| |