Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

ACARA WALKATONMAS SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS 2025

IMG_1877 COPY.jpg

Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2025, Pertubuhan WARGAMAS dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan acara Walkaton yang dinamakan Walkatonmas (singkatan Walkaton Warga Emas) bertempat di Concourse Stadium Negara Hassanal Bolkiah hari ini.

Antara tujuan acara ini diadakan ialah untuk menggalakkan konsep penuaan yang sihat (healthy aging) melalui gabungan aktiviti riadah, kesihatan, perpaduan, dan kemasyarakatan.

Seramai lebih kurang 300 peserta telah menyertai acara ini yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan WARGAMAS, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh daerah, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, rakan-rakan strategik serta orang ramai.

IMG_2132.jpg

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh YM Awang Alihassan bin Haji Ahmad, ahli Pertubuhan WARGAMAS. 6. Seterusnya, sesi senaman ringan bagi pemanasan badan telah diadakan dan diketuai oleh tiga orang jurulatih kecergasan terdiri daripada YM Kamarul Ikhsan Aspar dari Functional Movement BN, YM Dr Hajah Asmah binti Haji Hussaini, daripada UBD dan Dr Sharimawati binti Haji Sharbini daripada UBD. Aktiviti ini bertujuan untuk menyediakan para peserta dari segi fizikal sebelum memulakan walkaton. Selepas sesi pemanasan badan, para peserta memulakan acara walkaton dengan mengelilingi kawasan Concourse Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebanyak tiga pusingan, iaitu dengan jarak keseluruhan sejauh 1.9 km.

IMG_2193.jpg

Acara ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta yang bertuah. Bagi melengkapkan acara ini, tetamu kehormat juga dijemput untuk melawat ke tamu bulanan Pertubuhan WARGAMAS, yang menampilkan pelbagai jualan makanan dan minuman hasil usaha ahli pertubuhan.

Acara Walkatonmas ini turut disokong oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Institut Sains Kesihatan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Sukarelawan UBD, D’Sunlit Sdn. Bhd., Gardenia Food Industries dan Starlodge Hotel.

Turut hadir ialah, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dari KKBS, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, Pertubuhan WARGAMAS; ahli–ahli PKWE seluruh daerah; persatuan-persatuan bukan kerajaan dan rakan-rakan strategik KKBS. 

Attachments
Created at 10/9/2025 8:54 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 10/9/2025 8:54 AM by jamaddil.kassim