Sempena Hari Antarabangsa Warga Emas 2025, Jabatan Pembangunan Masyarakat
(JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE)
Daerah Tutong telah menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Pusat Kegiatan Warga
Emas di seluruh daerah. Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Akhir telah diadakan
pada petang tadi yang mendengarkan bacaan daripada 8 peserta iaitu 4 qari dan 4
qariah bertempat di Dar Al Intisar, Kompleks Sukan Jerudong.
Pada tahun ini, seramai 13 peserta (7 qari dan 6 qariah) dari kalangan ahli-ahli Pusat
Kegiatan Warga Emas di seluruh daerah telah menyertai musabaqah ini yang bertujuan
untuk memupuk persahabatan di kalangan warga emas melalui program keagamaan
dan mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah YM Awang Haji Shamsol bin Haji Omar, Timbalan
Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh YM
Awang Haji Hamaffi bin Md Yassin, Pengurus Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah
Tutong selaku Pengerusi Majlis. Kemudian diteruskan dengan mendengarkan bacaan
daripada 8 orang peserta yang layak ke pusingan akhir.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan yang
dibacakan oleh YM Ustaz Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar, Guru Ugama daripada
Pusat Bahagia Brunei dan Muara. Keputusan pemenang qari dan qariah akan
diumumkan semasa Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Antarabangsa Warga Emas 2025 yang akan diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Dewan Banquet, Majlis
Mesyuarat Negara.

Turut hadir ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah,
Jabatan Pembangunan Masyarakat, pegawai-pegawai kanan daripada KKBS, KHEU,
ahli-ahli PKWE seluruh daerah dan ahli-ahli Pertubuhan Wargamas