 
Seramai 2 orang ketua keluarga telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli 
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 
melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis 
berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Satu (1) orang ketua keluarga daripada dua (2) yang menerima bantuan kewangan hari ini 
adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian rumah roboh dan satu (1) ketua keluarga terlibat 
dalam kejadian banjir, Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian 
bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
 
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah 
Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan 
Masyarakat.
Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh 
mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan 
keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami