Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
(KKBS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam
Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran 1446H/2024M bagi residen dan penghuni Kompleks
Rumah Kebajikan. Majlis ini berlangsung di Dewan Munawarrah, Kompleks Setia Point,
Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat bersama majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia
Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan dan Yang
Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat
Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri
Pembangunan. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada residen dan penghuni
Kompleks Rumah Kebajikan telah menyertai majlis khatam tersebut. Acara juga diteruskan
dengan Dikir Marhaban dan penyampaian sijil kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan
bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan penyerahan
sumbangan sampul hari raya kepada para residen dan penghuni.
Dalam kesempatan ini para tetamu dan peserta-peserta juga berpeluang untuk berbuka
puasa bersama dan menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah.
Turut hadir ialah isteri kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan isteri kepada
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Setiausaha-setiausaha Tetap
dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan, Pejabat Perancangan
Tenaga Manusia (PTTM), Jabatan Perdana Menteri dan Yang Mulia Dayang Fauziah binti
Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku
Pengerusi Majlis.