Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_2156.jpg

19 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, angin kencang, rumah tidak selamat dan rumah roboh telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_2171.jpg

Seramai enam (6) orang ketua keluarga daripada sembilan belas (19) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, dua (2) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh, dua (2) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah tidak selamat dan sembilan (9) orang ketua keluarga yang terlibat dengan kejadian angin kencang. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_2143.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 10/22/2024 8:27 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/22/2024 8:27 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim