Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS 2024 DAN MUSABAQAH TILAWATIL AL-QURAN PUSAT KEGIATAN WARGA EMAS 1446/ 2024

IMG_1422.jpg

Bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah bagi Musabaqah Tilawatil Al-Quran Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh daerah pada petang tadi bertempat di Dewan Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Seramai 14 orang peserta dari kalangan ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas di seluruh daerah telah menyertai musabaqah ini yang bertujuan untuk memupuk persahabatan di kalangan warga emas melalui program keagamaan dan mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran. Namun seramai 8 orang peserta telah bertanding ke pusingan akhir yang diadakan pada 30 September 2024.

IMG_1363.jpg

IMG_1395.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh YM Dayang Siti Zaharah binti Haji Abd Razak, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis. Seterusnya diikuti dengan pengumuman keputusan Musabaqah Tilawatil Al-Quran Pusat Kegiatan Warga Emas bagi tahun 1446H/2024M oleh YM Awang Haji Masri bin Haji Mohammad, selaku Pengerusi Jemaah Hakim yang dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Johan Qari dan Qariah ialah YM Haji Saifuzaman bin Haji Apong dan YM Hajah Alimah binti Haji Matassan. Naib Johan Qari dan Qariah pula disandang oleh YM Emran bin Nasir dan YM Hajah Dayang binti Jais. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh YM Haji Bakar bin Burut dan YM Hajah Kamsinah binti Gulam Mohammad. Semua pemenang menerima Piala dan Sijil Penyertaan.

IMG_1307.jpg

IMG_1312.jpg

Acara diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari dan Qariah. Majlis diakhiri dengan Doa Kesyukuran dan Doa Allah Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh YM Ustaz Awang Mohamad Shahrin bin Sulaiman.

Turut hadir ialah Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha– Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dari KKBS, KHEU, ahli Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan Warga Emas, ahli–ahli PKWE seluruh daerah; Pertubuhan Wargamas; persatuan-persatuan bukan kerajaan dan rakan-rakan strategik KKBS. 

Attachments
Created at 10/12/2024 9:30 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/12/2024 9:30 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim