Majlis Anugerah Pengiktirafan Ekonomi Penjagaan ASEAN 2024 yang telah berlangsung di Crowne Plaza Hotel, Vientiane, Lao PDR pada 23 Ogos 2024.
Negara Brunei Darussalam telah menerima Anugerah Pengiktirafan bagi pewujudan Elaun Penyelia Penjagaan sebagai inisiatif strategik negara dalam meningkatkan sokongan penjagaan.
Hadir selaku wakil menerima anugerah tersebut ialah YM Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.