Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN BAGI PROGRAM BIASISWA ANAK YATIM SESI 2 (2022/2023) DAN SESI 3 (2023/2024)

IMG_9798.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan bagi Program Biasiswa Anak Yatim bagi Tahun Akademik 2023 dan Tahun Akademik 2024 kepada 4 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk mengikuti Program BIBD ALAF dengan dibiayai melalui dana Tabung Anak-anak Yatim di bawah JAPEM. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penyampaian surat lantikan tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Program Biasiswa Anak Yatim merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah bermula semenjak 7 Februari 2022. Ianya dihasratkan untuk meningkatkan impak serta objektif Tabung Anak-Anak Yatim di bawah kendalian JAPEM, dimana sumbangan derma dari orang ramai juga akan disalurkan bagi membiayai pembelajaran melalui Program BIBD ALAF, sehingga tamat peperiksaan O-level. Setakat ini, enam (6) orang pelajar telah terpilih dibawah Program ini untuk membantu mereka berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang dapat membantu dan meningkatkan lagi taraf kehidupan keluarga mereka.

IMG_9802.jpg

IMG_9810.jpg

Bagi Tahun Akademik 2023 seramai dua orang pelajar Tahun 8 telah terpilih iaitu Dayang Sri Syahzani Shah Ruddin Shah@Faiqah daripada Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Awang Arsyad Afiq bin Aiman Kollane daripada Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Bagi Tahun Akademik 2024 dua orang pelajar yang terpilih ialah Dayang Mikha Joshlynn binti Idris, pelajar Tahun 5 daripada Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar dan Dayang Nur Nabilah Syauqina binti Sapree, pelajar Tahun 10 daripada Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Turut hadir ialah Yang Mulia Hajah Nor Ashikin Binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis serta pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM.

Dikesempatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas sumbangan dan derma orang ramai kepada Tabung Anak – Anak Yatim dibawah kendalian JAPEM.

IMG_9817.jpg

Bagi yang ingin menghulurkan derma, bolehlah menderma melalui:

  1. Perkhidmatan teks pesanan ringkas (SMS) yang berlangsung selama sembilan (9) bulan bermula 5 Mac 2024 dan berakhir pada 5 Disember 2024 dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999. Atau
  2. ​Menderma kepada Tabung Anak-Anak Yatim melalui Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di nombor akaun 00001010049056.
  3. Atau derma boleh juga dihantar ke alamat berikut pada waktu bekerja iaitu Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, BB 4310. Negara Brunei Darussalam. 
Attachments
Created at 6/19/2024 8:18 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/19/2024 8:18 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim