Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_9687.jpg

Seramai 60 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, keb​akaran dan tanah susur telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hasanal Bolkiah.

Seramai sepuluh (10) orang ketua keluarga daripada enam puluh (60) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian tanah susur dan empat puluh sembilan (49) ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_9601.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

IMG_9585.jpg

Attachments
Created at 6/10/2024 8:44 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/10/2024 8:44 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim