Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI KE REPUBLIK TURKIYE

1.jpg

Pada 22 Mei 2024, satu majlis penyerahan sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye telah diadakan di ibu pejabat Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Ankara, Republik Turkiye sebagai menandakan pemindahan derma sumbangan melalui tabung kemanusiaan tersebut.

2.jpg

Majlis penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Puan Yang Terutama Noni Zurainah Ismi, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Turkiye, yang telah menyerahkan mock cheque yang berjumlah USD523,980.66 kepada Tuan Okay Memis, Presiden Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah wakil dari Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Ankara serta dari pihak AFAD. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli climate-control machines untuk perumahan sementara bagi mangsa-mangsa gempa bumi di Republik Turkiye.

Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma di negara ini di atas keprihatinan dan sumbangan derma yang telah dihulurkan kepada tabung berkenaan.

Attachments
Created at 6/8/2024 9:49 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/10/2024 8:30 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim