Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

04-06-2024 Donation_CaptFileInfo-8.jpg

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat-penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah menerima sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri bagi tabung berkenaan bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang berjumlah Dua Puluh Empat Ribu Lapan Ratus Tujuh Puluh Satu Ringgit dan Lima Sen (BND 24,871.05).

IMG_9442.jpg

IMG_9445.jpg

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, YM Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Attachments
Created at 6/6/2024 11:11 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/6/2024 11:11 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim