Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Sembilan Ribu Enam Ratus Dua Puluh Tujuh Ringgit (BND9,627.00) daripada dua buah agensi pagi tadi di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

MOH.jpg

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menyumbangkan sejumlah Lapan Ribu Dua Puluh Tujuh Ringgit (BND8,027.00) yang telah disampaikan oleh YM Abdol Hazis Bin Haji Ahad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Sumbangan adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan Hospital RIPAS.

DYNAMIK 1.png

Dynamik Technologies menyumbangkan sejumlah Satu Ribu Enam Ratus Ringgit (BND1,600.00) yang disampaikan oleh YM Mohamad Faizul bin Haji Yahya, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Dynamik Technologies. Sumbangan adalah kutipan daripada ahli-ahli syarikat.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

IMG_0104.jpg

Tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dilanjutkan selama tiga bulan lagi, iaitu sehingga 18 April 2024 bagi memberi 2 peluang kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma kepada rakyat Palestin di Gaza.

Orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan kutipan derma bagi tabung berkenaan hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urus Setia Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, jika hasil kutipan bersih (100%) disumbangkan kepada tabung berkenaan. Jika ada individu, persatuan dan agensi lain yang berdaftar ingin menderma sebahagian sahaja dari hasil kutipan bersih yang diperolehi dari mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk hiburan awam, adalah disarankan untuk memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Selain itu, orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan juga boleh menderma secara dalam talian melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), nombor akaun 00-001-01-0089051 (Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023) atau melalui perkhidmatan BIBD QuickPay dengan mengimbas Kod QR yang boleh didapati di poster-poster dan pelekat-pelekat (sticker) Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.

Peti-peti tabung juga disediakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara. Di samping itu, orang ramai juga boleh menghantar derma terus kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat.

Attachments
Created at 3/14/2024 9:40 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/14/2024 9:40 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim