Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BATUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

​Seramai 5 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan rumah roboh/tidak selamat didiami telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_4048.jpg

Seramai tiga (3) orang ketua keluarga daripada lima (5) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian rumah roboh/tidak selamat didiami, satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan satu (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_4053.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah YM Dayang Mirany Floridzah binti Abd Rahman, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

IMG_4051.jpgIMG_4056.jpg

IMG_4059.jpg

Attachments
Created at 3/14/2024 9:22 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/14/2024 9:22 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim