​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima sumbangan derma bagi
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Lapan Ribu Satu
Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Satu Sen (BND8,177.21) daripada
tiga buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
Sumbangan derma tersebut diterima oleh YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh,
Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Bright Sky Company
menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Seratus Tiga Puluh Ringgit (BND5,130.00)
yang telah disampaikan oleh YM Rahillah binti Aliudin, Pengasas Chu Chu Exclusive.
Sumbangan tersebut juga adalah hasil jualan produk Chu Chu Exclusive.
BIBD Advocating Life-Long Learning for an Aspiring Future (BIBD ALAF)
menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Tiga Ratus Sepuluh Ringgit dan Satu Sen
(BND2,310.01) yang disampaikan oleh YM Awang Md Firdaus bin Md Salleh, Penuntut
Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), YM Awang Md Adi
Hamizi bin Abdullah Abd Hamid, Penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal
Bolkiah (SMALHB), YM Dayang Asqina Nur Hainah binti Khairol Al’Azim, penuntut
Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
(SUAMRIPAHS) dan YM Dayang Nurhazirah binti Haji Awang Damit, Penuntut Maktab
Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Sumbangan derma adalah hasil jualan biskut
di Bandarku Ceria pada 3 Disember 2023.
Society for the Management of Autism Related issues in Training, Education and
Resources (SMARTER) Brunei menyumbangkan sejumlah Tujuh Ratus Tiga Puluh
2
Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Sen (BND737.20) yang disampaikan oleh YM Bryan
Liew Wei Onn dan YM Ak Mohd Edzra Badree bin Pg Zamni, penuntut dan Pembantu
Terapi di SMARTER. Sumbangan tersebut adalah hasil jualan roti yang telah
diusahakan oleh penuntut-penuntut SMARTER sepanjang bulan November dan
Disember 2023.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah pegawai-pegawai
daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada agensi
berkenaan.