Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima sumbangan derma
bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Dua Puluh Enam
Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lapan dan Sembilan Puluh Sen (BND26,798.90)
daripada enam buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Sumbangan derma tersebut diterima oleh YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh,
Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Rabitah Antarabangsa
Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam menyumbangkan sejumlah Sebelas Ribu
Ringgit (BND11,000.00) yang telah disampaikan oleh YM Dato Seri Setia Haji Abdul
Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Ra'es Rabitah Antarabangsa Alumni
Al-Azhar Brunei Darussalam. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli
persatuan berkenaan.
Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) menyumbangkan sejumlah Empat
Ribu Ringgit (BND4,000.00) yang disampaikan oleh YM Haji Awang Abdul Alim bin
Haji Awang Othman, Yang Di-Pertua Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB).
Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persekutuan dan pelajar-pelajar
Sekolah PGGMB.
Dynamic Café menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Lapan Ratus Satu Ringgit
(BND2,801.00) yang disampaikan oleh YM Joston Lim, Eksekutif Pemasaran, Dynamic
Café. Sumbangan derma adalah 100% hasil kutipan jualan hidangan utama café
berkenaan yang telah dijalankan pada 24 November 2023 hingga 3 Disember 2023.
JHK Studio menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Satu Ratus dan Lima Puluh Sen
(BND 2,100.50) yang telah disampaikan oleh YM Awang Mohammad Huzaimie bin Haji
Kassim, Pemilik JHK Studio dan YM Dr Nurhazwani binti Haji Ismail, ahli JHK Studio
selaku penganjur aktiviti amal “Indoor Cycling”. Sumbangan adalah hasil daripada
aktiviti amal riadah “indoor cycling” yang diadakan di JHK Studio Kiulap dan sumbangan
daripada peti tabung yang ditempatkan di premis berkenaan.
Persatuan Masyarakat Indonesia di Negara Brunei Darussalam (PERMAI)
menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Ringgit (BND 5,400.00) yang disampaikan oleh
YM Awang Mukhidin bin Umar, Presiden Persatuan Masyarakat Indonesia di Negara
Brunei Darussalam dan diiringi dengan YM Endang Dewi Mardeyani, Kordinator Fungsi
Penerangan, Sosial dan Budaya, Kedutaan Besar Republik Indonesia. Sumbangan ini
adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan berkenaan.
Kementerian ini juga berkesempatan untuk menerima sumbangan derma daripada
golongan kanak-kanak yang ingin ikut serta memberikan impak positif terhadap
penduduk di Gaza. Arno Zoey Wonderland telah merealisasikan impian tersebut
dengan menerima kutipan daripada kanak-kanak yang berkunjung dan berjaya
mengumpulkan sebanyak Satu Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh dan Empat
Puluh Sen (BND1,497.40) yang disampaikan oleh YM Jessie Lim, Pengarah Arno Zoey
Wonderland pagi tadi di bangunan KKBS.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah pegawai-pegawai
daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli dari agensi berkenaan.