Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI REPUBLIK TURKIYE DAN REPUBLIK ARAB SYRIA

IMG_5092.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria dengan jumlah keseluruhan sebanyak Dua Puluh Dua Ribu Ringgit (BND22,000.00) daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masing-masing berjumlah BND2,000.00 dan BND20,000.00. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_5100.jpg

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sumbangan bagi pihak ABDB disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan bagi pihak Kementerian Pertahanan pula disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS dan Yang Mulia Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, KKBS.

IMG_5104.jpg

IMG_5113.jpg

Attachments
Created at 5/25/2023 3:34 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 5/25/2023 3:34 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim