Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KAJI SELIDIK PEMBANGUNAN WANITA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kaji Selidik Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam akan dijalankan dengan kerjasama Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) bermula 25 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Antara objektif kaji selidik ini ialah untuk:

  1. Mengumpulkan maklumat terkini mengenai data nasional dan mengenal pasti jurang dengan data antarabangsa;
  2. Mengenal pasti cabaran semasa dan lazim serta peluag wanita di Negara Brunei Darussalam dan untuk memajukan pembangunan wanita; dan
  3. Menyokong pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan terhadap wanita dibawah Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak.
Kaji selidik ini akan dijalankan dengan cara temubual bersemuka bersama responden wanita secara rawak yang berumur 15 tahun ke atas di keempat-empat daerah.Temubual bagi kaji selidik ini juga akan melibatkan responden lelaki daripada isi rumah yang terpilih. Maklumat yang diperolehi akan DIRAHSIAKAN dan hanya akan digunakan untuk keperluan dalaman.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sukacita memohon bantuan dan kerjasama orang ramai bagi menjayakan Kaji Selidik Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam.
Attachments
Created at 9/1/2022 3:23 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:23 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim