Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA DAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA

‚Äč

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

031220-Majlis Tahlil Sempena Hari OKU (1).jpg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 03 Disember 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi paduka Ayahanda dan paduka Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman pada petang ini.

Majlis bertahlil ini diadakan bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut setiap tahun pada 3 Disember.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) dan persatuan-persatuan di bawahnya; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di bawah KKBS.

Majlis dimulakan dengan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan baca Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mayadi bin Haji Jais, Ketua Guru Ugama Pusat Bahagia Brunei-Muara Kampung Pulaie.

Acara seterusnya ialah Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri yang di imamkan oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen dan diikuti dengan ceramah bertajuk "Mencapai Wawasan 2035 bersama-sama OKU" yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Nazirulmubin bin Ahad, Penolong Ketua Pentadbiran, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang turut dibacakan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen.

Majlis Kesyukuran ini diadakan adalah sebagai sebuah pengiktirafan terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) selaku sebahagian daripada masyarakat malahan mereka adalah merupakan pelengkapmasyarakat di Negara Brune Darussalam. Tujuan Majlis ini diadakan adalah juga bagi memastikan penglibatan (inclusivity) golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di dalam aktiviti-aktiviti keugamaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat dan kebajikan. Di samping itu juga, dengan adanya Majlis ini, ia menggambarkan rangkaian kerjasama yang kukuh di antara pelbagai pihak samada dari agensi kerajaan, rakan-rakan strategik terutama sekali di antara Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) dan persatuan-persatuan di bawah MKOKU demi sama-sama menjaga kesejahteraan serta kebajikan golongan OKU secara holistik dalam menanai usahasama yang jitu ataupun a whole of nation approch.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Orang Kelainan Upaya (MKOKU) yang terdiri daripada 9 buah persatuan di bawahnya iaitu; Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Persatuan PAPDA; SMARTER; KACA; Brunei Darussalam National Association of the Blind (BDNAB); Orang Kurang Pendengaran (OKP); Learning Ladders Society; Persatuan Down Syndrome; dan Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD).

Tema sambutan HAOKU pada tahun ini ialah "Bukan Semua Kecacatan itu Nampak Dari Mata Kasar" (Not All Disabilities Are Visible).


Attachments
Created at 4/25/2021 3:33 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 4/25/2021 3:33 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim