Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN BAGI DAERAH BRUNEI MUARA

110820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

Bandar Seri Begawan, Selasa, 11 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba, Daerah Brunei Muara pada 8 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

110820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpeg

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Hajah Badariah binti Mamudin, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

110820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (3).jpeg


Attachments
Created at 8/11/2020 3:43 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 8/11/2020 3:43 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim