Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Bandar Seri Begawan, Ahad, 9 Mei, 2021 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Hua Ho Department Store telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan derma daripada Hua Ho Department Store kepada 300 orang penerima yang terpilih daripada golongan yang memerlukan pada hari ini.

184469414_5414152505321591_3641865086801101821_n.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Turut hadir ialah Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Mohd Daud; Lau How Teck; Lau Soon Hau selaku rakan pengurusan dan Lau Soon Lin.

185255387_5414152635321578_2788315149608455869_n.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Haji Mayadi bin Haji Jais sebelum diteruskan dengan penyerahan derma dalam bentuk baucar berjumlah $200 yang disampaikan oleh tetamu kehormat; wakil Syarikat Hua Ho Department Store, Lau How Teck dan Lau Soon Hau, kepada 300 orang penerima yang terpilih dari keempat-empat daerah dengan jumlah keseluruhan derma berjumlah $60,000.

Sumbangan daripada Hua Ho Department Store ini bertujuan untuk meringankan kesusahan keluarga-keluarga yang memerlukan di samping memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada golongan yang memerlukan dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

09.05.21-Buka Puasa by Hua Ho.mp.jpg

Attachments
Created at 5/13/2021 10:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 5/13/2021 10:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim