Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM KOMUNITI KELAS JAHITAN BAGI PENGHUNI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

060920 Program Komuniti Kelas Jahitan (1).jpeg

Bandar Seri Begawan, Ahad, 6 September 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Perlancaran Program Komuniti Kelas Jahitan bagi penghuni Pusat Penempatan Sementara, di Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis perlancaran tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) serta pegawai-pegawai daripada JAPEM dan perserta-peserta bengkel.

060920 Program Komuniti Kelas Jahitan (2).jpeg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Zahid Zakhwan bin Mohd Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Bengkurong. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Daud, Penolong Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat dan dilanjutkan dengan perlancaran program oleh tetamu kehormat.

Seramai 16 orang perserta yang akan mengikuti program ini yang mana program komuniti ini merupakan program yang keempat diadakan dengan penglibatan golongan ibu-ibu tunggal dan penerima bantuan kebajikan bulanan.

060920 Program Komuniti Kelas Jahitan (3).jpeg

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkasa ibu-ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah untuk mengasah kemahiran mereka dalam bidang jahitan dan keusahawanan. Program ini diharapkan untuk meningkatan ekonomi golongan tertentu supaya mereka dapat mandiri dan menjadi usahawan yang berjaya.

Attachments
Created at 9/7/2020 9:14 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/7/2020 9:14 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim