Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DARIPADA KUMPULAN ISTERI MENTERI-MENTERI KABINET, TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI, SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP, TIMBALAN-TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP DAN AHLI BERSEKUTU BAGI TAHUN 2025

1-Copy of IMG_4139.jpg

Seramai 115 pelajar telah menerima bantuan persekolahan daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu. Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma bantuan persekolahan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi Bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani Bin Murni, Pekerja Pembangunan Masyarakat. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Yang Mulia Datin Hajah Nahriah Binti Haji Awang Hasbi dari Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu. Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan persekolahan oleh tetamu kehormat majlis kepada 115 orang pelajar yang terpilih. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

1-Copy of IMG_4463.jpg

Dalam ucapan Yang Mulia Pengerusi Kedua Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu, Datin Hajah Nahriah Binti Haji Awang Hasbi berharap sumbangan derma ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar agar mereka lebih bersemangat dan berusaha lebih gigih. Seiring dengan itu, Yang Mulia pengerusi majlis juga menekankan agar pelajar-pelajar dapat menjadi individu yang berguna dan mencapai kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga dan negara.

Seterusnya, Pengerusi juga berharap sumbangan seperti ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada Ahli kumpulan yang lain supaya lebih bersemangat dan bertekad untuk menganjurkan acara yang memberi manfaat seperti ini di masa akan datang dengan harapan ia boleh memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin Binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan.

1-Copy of IMG_4521.jpg 

Attachments
Created at 1/11/2025 9:49 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/11/2025 9:49 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim