Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Lapan Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Satu Sen (BND8,177.21) daripada tiga buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan derma tersebut diterima oleh YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Bright Sky Company menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Seratus Tiga Puluh Ringgit (BND5,130.00) yang telah disampaikan oleh YM Rahillah binti Aliudin, Pengasas Chu Chu Exclusive. Sumbangan tersebut juga adalah hasil jualan produk Chu Chu Exclusive.

BRIGHT SKY.png

BIBD Advocating Life-Long Learning for an Aspiring Future (BIBD ALAF) menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Tiga Ratus Sepuluh Ringgit dan Satu Sen (BND2,310.01) yang disampaikan oleh YM Awang Md Firdaus bin Md Salleh, Penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), YM Awang Md Adi Hamizi bin Abdullah Abd Hamid, Penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), YM Dayang Asqina Nur Hainah binti Khairol Al’Azim, penuntut Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMRIPAHS) dan YM Dayang Nurhazirah binti Haji Awang Damit, Penuntut Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Sumbangan derma adalah hasil jualan biskut di Bandarku Ceria pada 3 Disember 2023.

BIBD.png

Society for the Management of Autism Related issues in Training, Education and Resources (SMARTER) Brunei menyumbangkan sejumlah Tujuh Ratus Tiga Puluh 2 Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Sen (BND737.20) yang disampaikan oleh YM Bryan Liew Wei Onn dan YM Ak Mohd Edzra Badree bin Pg Zamni, penuntut dan Pembantu Terapi di SMARTER. Sumbangan tersebut adalah hasil jualan roti yang telah diusahakan oleh penuntut-penuntut SMARTER sepanjang bulan November dan Disember 2023.

SMARTER.png

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan. 

Attachments
Created at 1/22/2024 10:47 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/22/2024 10:47 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim