Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

FESTIVAL KELUARGA HARMONI

WhatsApp Image 2023-11-09 at 07.23.02.jpeg

Sukacita menjemput biskita dan keluarga untuk sama-sama datang berkunjung ke Festival Keluarga Harmoni Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Bagi Tahun 2023 yang diungkayahkan melalui kerjasama di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Insyaa Allah akan diadakan pada:

 

Tarikh

:

Hari Jumaat hingga Ahad

26 hingga 28 Rabiulakhir 1445 bersamaan

10 hingga 12 November 2023

 

Jam

:

Hari Jumaat, 4.00 petang hingga 10.00 malam

Hari Sabtu, 2.00 petang hingga 10.00 malam

Hari Ahad, 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 10.00 malam

 

Bertempat

:

Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah & Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan

 

Berkonsepkan “One Stop Family Hub”, acara dimeriahkan dengan pengisian pameran info keluarga, aktiviti interaktif, aktiviti pentas, aktiviti riadah keluarga, aktiviti picnic in the park & movie night dan juga aktiviti keusahawanan.

 

Pelbagai hadiah menarik menanti biskita seperti tiket penerbangan, barangan dapur dan barangan daripada para penaja.

 

Maklumat atau info lanjut mengenai acara ini bolehlah diikuti melalui Instagram @japembrunei dan juga @familymatters.japem.

Sukacita menjemput biskita dan keluarga untuk sama-sama datang berkunjung ke Festival Keluarga Harmoni Sempena Hari Keluarga Kebangsaan Bagi Tahun 2023 yang diungkayahkan melalui kerjasama di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Attachments
Created at 11/9/2023 10:34 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/9/2023 10:37 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim