Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Dua Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lapan dan Sembilan Puluh Sen (BND26,798.90) daripada enam buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan derma tersebut diterima oleh YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam menyumbangkan sejumlah Sebelas Ribu Ringgit (BND11,000.00) yang telah disampaikan oleh YM Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Ra'es Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan berkenaan.

Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam.jpg

Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) menyumbangkan sejumlah Empat Ribu Ringgit (BND4,000.00) yang disampaikan oleh YM Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, Yang Di-Pertua Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB). Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persekutuan dan pelajar-pelajar Sekolah PGGMB.

PGGMB.jpg

Dynamic Café menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Lapan Ratus Satu Ringgit (BND2,801.00) yang disampaikan oleh YM Joston Lim, Eksekutif Pemasaran, Dynamic Café. Sumbangan derma adalah 100% hasil kutipan jualan hidangan utama café berkenaan yang telah dijalankan pada 24 November 2023 hingga 3 Disember 2023.

Dynamic Cafe.jpg

JHK Studio menyumbangkan sejumlah Dua Ribu Satu Ratus dan Lima Puluh Sen (BND 2,100.50) yang telah disampaikan oleh YM Awang Mohammad Huzaimie bin Haji Kassim, Pemilik JHK Studio dan YM Dr Nurhazwani binti Haji Ismail, ahli JHK Studio selaku penganjur aktiviti amal “Indoor Cycling”. Sumbangan adalah hasil daripada aktiviti amal riadah “indoor cycling” yang diadakan di JHK Studio Kiulap dan sumbangan daripada peti tabung yang ditempatkan di premis berkenaan.

JHK Studio.jpg

Persatuan Masyarakat Indonesia di Negara Brunei Darussalam (PERMAI) menyumbangkan sejumlah Lima Ribu Ringgit (BND 5,400.00) yang disampaikan oleh YM Awang Mukhidin bin Umar, Presiden Persatuan Masyarakat Indonesia di Negara Brunei Darussalam dan diiringi dengan YM Endang Dewi Mardeyani, Kordinator Fungsi Penerangan, Sosial dan Budaya, Kedutaan Besar Republik Indonesia. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan berkenaan.

Persatuan Masyarakat Indonesia.jpg

Kementerian ini juga berkesempatan untuk menerima sumbangan derma daripada golongan kanak-kanak yang ingin ikut serta memberikan impak positif terhadap penduduk di Gaza. Arno Zoey Wonderland telah merealisasikan impian tersebut dengan menerima kutipan daripada kanak-kanak yang berkunjung dan berjaya mengumpulkan sebanyak Satu Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh dan Empat Puluh Sen (BND1,497.40) yang disampaikan oleh YM Jessie Lim, Pengarah Arno Zoey Wonderland pagi tadi di bangunan KKBS.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli dari agensi berkenaan.

Attachments
Created at 1/22/2024 10:32 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/22/2024 10:32 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim