Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

WhatsApp Image 2023-12-05 at 17.08.50.jpeg

YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur petang ini. 

Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur menyumbangkan sejumlah Tiga Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Sembilan Ringgit Dan Tujuh Puluh Lima Sen (BND 38,949.75) yang disampaikan bersama oleh YM Md Bazli Albarr Bin Haji Mohammad Albadii Shahnoel, YM Sophora Butt, YM Yahya Ibrahim dan YM Fikriyah Halizan, wakil penuntut Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur.

WhatsApp Image 2023-12-05 at 17.08.50 (1).jpeg

Dana berkenaan adalah hasil kutipan yang telah dijalankan oleh penuntut-penuntut melalui kutipan derma daripada ahli keluarga mereka dan projek amal “Charity Bake Sale” sekolah berkenaan.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, YM Bilal Buttar, Pengetua Eksejutif, YM Awang Sabiqur Rahman, Ketua Bahagian Menengah, Sekolah Antarabangsa Islam Miftah AnNur, YM Dayang Maimunah binti Aziz, Ketua Sumber Tenaga Manusia, Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur dan pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat. 

Attachments
Created at 12/9/2023 11:42 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/9/2023 11:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim