Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA 2023

​YBD 1.png

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA 2023


"KASIHI DAN LINDUNGI ORANG KELAINAN UPAYA"


Bersempena Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) tahun 2023, marilah kita sama-sama memperkukuhkan semangat dan tekad sebagai satu negara untuk Perutusan YB Menteri KKBS, Hari Antarabangsa OKU 2023| 3 mencapai kualiti hidup tinggi bagi golongan orang kelainan upaya, khususnya dalam merancang dan melaksanakan inisiatif dalam bidang-bidang berkepentingan termasuk sektor pendidikan, kesihatan, sosial, digital, ekonomi, dan sukan demi manfaat golongan OKU yang perlu untuk dijaga dan dipeduli. Ke arah itu, sama-samalah kita bertindak dan berusaha mempertingkatkan kualiti kehidupan serta akses OKU dalam pelbagai sudut untuk memastikan kesejahteraan mereka, disamping memastikan yang golongan ini akan terus menyumbang ke arah peningkatan sosial, kemajuan ekonomi, kemakmuran negara, dan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Dengan segala kerendahan hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh setiap OKU di negara ini termasuk para ibu bapa, penjaga, tenaga pengajar sekolah dan institusi latihan. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga orang-orang kelainan upaya di Negara ini akan sentiasa dilindungi, dikurniakan kesihatan dan keazaman yang tinggi. Akhirnya, diucapkan Selamat Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya.



Perutusan Penuh Tekan Pautan ini:

​Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan

Sempena Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2023 

Attachments
Created at 12/9/2023 11:18 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/9/2023 11:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim