Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PENYALAAN LAMPU DI JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN DAN JAMBATAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2023

INFODEPT08_02.jpg

[Sumber]​​

​Foto: Jabatan Penerangan


Sebagai usaha menyokong Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut setiap 20 November, Negara Brunei Darussalam akan menyalakan lampu berwarna biru, hijau, merah dan putih di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) bermula pada hari Isnin, 20 November 2023, pukul 7.00 malam dan berakhir pada hari Rabu, 22 November 2023.

Penyalaan lampu di Jambatan SHOAS dan RIPAHS adalah untuk meraikan dan memperingati Hari Kanak-kanak Sedunia sebagai usaha berterusan ke arah komitmen Negara Brunei Darussalam dalam meratifikasi Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Rights of the Children; CRC) dengan temanya pada tahun ini "Penyertaan, untuk Setiap Kanak-kanak".

INFODEPT08_01.jpg

Warna biru melambangkan Hari Kanak-kanak Sedunia bersempena warna rasmi United Nations Children's Fund (UNICEF), manakalan warna hijau, merah dan putih dipilih sebagai lambang keprihatinan rakyat dan penduduk di negara ini terhadap penderitaan rakyat Palestin khususnya bagi mengenang nasib kanak-kanak yang telah terkorban dan kehilangan keluarga tersayang di samping menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

Justeru itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar jambatan-jambatan dan memuatnaik kedalam media sosial dengan menggunakan hashtag #WCD2023 atau #WorldChildrensDay.

Attachments
Created at 12/9/2023 9:44 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/9/2023 11:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim