Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA (WORLD CHILDREN'S DAY) 2023

YBD 1.png

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA (WORLD CHILDREN'S DAY) 2023


"TIADA SEORANG PUN ANAK YANG TERKECUALI"


​Dengan itu, sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia tahun ini adalah seruan untuk bertindak bagi semua pihak sama ada penggubal dasar, penguatkuasa, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk berusaha ke arah dunia yang lebih inklusif di mana hak setiap kanak-kanak diutamakan, dan mereka diberi peluang untuk mencapai potensi penuh. Marilah kita pastikan anak-anak kitani hari ini, sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia ini, dapat merayakan kepelbagaian budaya dan sosial kanak-kanak di seluruh negera serta menggalakkan mereka untuk berimpian tinggi dan mencapai potensi penuh mereka.

Dalam masa yang sama, bagi mengenang keadaan rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa serangan rejim Israel sejak 7 Oktober 2023, terutamanya kanak-kanak yang telah kehilangan hak-hak untuk hidup dengan aman damai, dilindungi bersama keluarga tercinta, dan mendapat akses kesejahteraan hidup seperti bermain, mendapat akses pendidikan dan kesihatan yang sepatutnya, Doa Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 pada tahun ini akan disertai dengan Doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin.



Perutusan Penuh Tekan Pautan ini:

​Perutusan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan

Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 


Attachments
Created at 11/21/2023 9:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/21/2023 9:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim