Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

5112023_Bantuan Wang Kerajaan Mangsa Bencana (1).jpg

[Sumber]

Gambar : KKBS


Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memberikan bantuan kewangan kepada 17 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran, angin kencang dan rumah roboh yang keseluruhannya berjumlah Tiga Puluh Ribu Tiga Ratus Lima Puluh Ringgit (BND30,350). Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

5112023_Bantuan Wang Kerajaan Mangsa Bencana (3).jpg

Seramai empat (4) orang ketua keluarga daripada tujuh belas (17) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir, enam (6) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran, tiga (3) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh atau tidak selamat untuk didiami dan empat (4) ketua keluarga terlibat dalam kejadian angin kencang.

Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

5112023_Bantuan Wang Kerajaan Mangsa Bencana (6).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan tehadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 11/16/2023 11:21 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/16/2023 11:21 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim