Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

UPA_5528.jpg

[Sumber]

Gambar : KKBS

​​​

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima beberapa sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 pagi ini.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berjumlah Seratus Ribu Ringgit (BND100,000.00).

UPA_5462.jpgUPA_5473.jpg

Yang Berhormat Dato juga seterusnya menyerahkan sumbangan berupa tiga (3) buah Field Hospital dari kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dianggarkan bernilai Dua Juta Ringgit (BND2,000,000.00) kepada rakyat Palestin di Gaza.

Field Hospital berkenaan merupakan Air Capsule yang sebelum ini digunakan oleh Negara Brunei Darussalam sebagai makmal dan mempunyai fungsi (multi-purpose) yang telah diterbangkan dari Hong Kong SAR. Sebuah Feild Hospital tersebut berukuran 14.5 meter (panjang) dan 5 meter (lebar) dan 3.3 meter (ketinggian).

Sumbangan Feild Hospital ini bertujuan untuk membantu meringankan kesengsaraan dan penderitaan penduduk Palestin yang terjejas di Gaza berikutan pertempuran berlarutan sejak 7 Oktober 2023.

airlab.jpg

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyumbangkan sejumlah Seratus Ribu Ringgit  (BND100,000.00) yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Junaidi bin Haji Masri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, BIBD.

UPA_5479.jpg

Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) menyumbang sejumlah Seratus Ribu Ringgit (BND100,000.00) yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan, Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB. Jumlah derma tersebut adalah sumbangan daripada Perbadanan Taib.

UPA_5492.jpg

Makan Ceria Sdn. Bhd menyumbangkan Seratus Ribu Ringgit (BND100,000.00) yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohamad Al-Fatah bin Haji Seruji, Pengurus Am, Makan Ceria Sdn. Bhd. Sumbangan ini merupakan sokongan terhadap inisiatif kepada kerajaan dan merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Mc Donald's Brunei.

UPA_5503.jpg

Majlis Belia Brunei (MBB) menyampaikan sumbangan berjumlah Empat Puluh Satu Ribu Tujuh Ratus Ringgit (BND41,700.00) iaitu hasil kutipan aktiviti Langkah Solidariti Palestin ("Steps for Solidarity") yang dianjurkan dengan gabungan persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerjaan pada 5 November 2023 di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad, selaku Penganjur Bersama aktiviti berkenaan.

UPA_5517.jpg

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Haji Maswandi Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB, Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan dari KKBS dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta wakil daripada agensi-agensi yang menyerahkan.

Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah bersetuju untuk membuat penghantaran jumlah kutipan bagi fasa pertama dalam masa terdekat melalui pertubuhan organisasi antarbangsa yang akan dikenalpasti.

Attachments
Created at 11/16/2023 10:10 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/16/2023 10:10 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim