Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS 2023

​​IMG_3667.jpg

Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas pada tahun ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir ke Kubah Makam Diraja, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas di seluruh daerah; Pertubuhan Wargamas; persatuan-persatuan bukan Kerajaan dan rakan-rakan strategik KKBS. Bacaan Surah Yasiin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Hamaffi bin Mohd Yassin, Pengurus Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong.

IMG_3675.jpg

Seterusnya, rombongan beredar ke Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi untuk acara Doa Kesyukuran. Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diteruskan dengan Bacaan Ratib Al-Attas, Doa Kesyukuran, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Doa Menghindar dari Wabak COVID-19 yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Faizal bin Janif, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Seramail lebih kurang 180 orang telah hadir bagi meramai-ramaikan acara di masjid.

IMG_8507.jpg

Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas adalah bagi memberi penghormatan dan penghargaan kepada warga emas yang telah menyumbang kepada pembangunan negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan, penjagaan, perlindungan dan kemudahan berkaitan ke arah peningkatan kualiti hidup warga emas.

Attachments
Created at 10/21/2023 9:52 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/21/2023 9:52 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim