Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PROGRAM TEGAS WALKATON ANJURAN WISE & WELL (TEGAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS 2023

WhatsApp Image 2023-10-01 at 12.54.44.jpeg

[Sumber]

Berita - Fakulti Institut Sains Kesihatan PAPRSB, Universiti Brunei Darussalam

Kumpulan Wise & Well (TEGAS) dari Fakulti Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Universiti Brunei Barussalam di bawah Special Study Module 3 (SSM3), kursus​​ perubatan telah mengadakan Program TEGAS Walkaton hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangasa Warga Emas 2023 yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas (Eko-Koridor), Bandar Seri Begawan.

Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan turut dijayakan oleh para sukarelawan khususnya penuntut-penuntut dari Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan program tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2023-10-01 at 12.54.45.jpeg

Program dimulakan dengan senamrobik bagi pemanasan badan yang dikendalikan oleh Mohammad Nabil bin Abdul Malik, Penolong Jurulatih Karate, Jabatan Balia dan Sukan. Seterusnya para peserta berlepas bagi aktiviti walkaton sejauh satu perpuluhan empat kilometer (1.4km) yang turut disertai oleh lebih dari 300 orang.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti sampingan seperti "Educational Booth" oleh beberapa kumpulan mahasiswa dan mahasiswi Institut Sains Kesihatan PAPRSB; aktiviti keusahawanan daripada klien Jabatan Pembangunan Masyarakat, persembahan aktiviti fizikal dan pameran hasil kraftanganPusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) seluruh daerah dan cabutan bertuah.

TEGAS Walkaton adalah singkatan Towards Energising and Guiding the Aged Society yang mana okjektifnya adalah untuk memberikan kesedaran dan menggalakkan warga emas melakukan senaman ke arah kehidupan penuaan yang sihat. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran belia untuk sama-sama memeduli kebajikan dan penjagaan warga emas.

WhatsApp Image 2023-10-01 at 12.54.42.jpeg

Turut hadir ialah Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) dan Yang Mulia Pg Haji Mohd Hasnan bin Pg Hj Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Yang Mulia Pg Dr Md Iskandar bin Pg Hj Petra, Penolong Naib Canselor, Universiti Brunei Darussalam dan Yang Mulia Dr Hjh Fazean Irdayati Idris, Ketua Program Kursus Perubatan, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah.

Attachments
Created at 10/7/2023 9:09 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/7/2023 9:09 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim