Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

FORUM COMMUNI-KASIH: KOMUNIKASI ADALAH KUNCI KEBAHAGIAAN

IMG_3137.jpg

Forum PREPanita anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan dilanjutkan hari ini di Kampus IBTE Sultan Bolkiah, Daerah Belait dengan membawakan topik bertajuk “Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan”.

Seramai lebih daripada 100 orang penuntut IBTE telah menyertai forum ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan hak-hak wanita dan mempersiapkan diri kaum wanita dan kaum lelaki untuk cekal menghadapi masalah atau musibah yang tidak dijangka di samping untuk memberikan pendedahan mengenai penerapan positif dalam kehidupan dan tatacara untuk berani tampil ke hadapan.

IMG_3204.jpg

Forum dikendalikan oleh Dayang Irnawati Binti Haji Mahir daripada JAPEM selaku moderator. Ahli-ahli panel terdiri daripada Yang Mulia Ustazah Dayang Salmah binti Haji Ahmad, Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah; Yang Mulia DSP Norkhatijah binti Haji Zainal Ketua Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah; Yang Mulia Dayang Hajah Hadzilahwatie binti Haji Abdul Hamid, Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital Suri Seri Begawan dan Yang Mulia Dayang Nur Judy binti Abdullah, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Project Women and Girls Development Enterprise.

Antara topik-topik yang dibincangkan oleh ahli-ahli panel ialah; 

  • ​Yang Mulia Ustazah Dayang Salmah binti Haji Ahmad daripada Bahagian Khidmat Nasihat Negara telah mengongsikan mengenai peranan lelaki dari perspektif Islam serta interaksi pergaulan antara perempuan dan lelaki yang mengikut batas syariat. Beliau menekankan peranan lelaki adalah sebagai pemimpin dalam keluarga, disamping menjadi pelindung bagi ahli-ahli keluarga lainnya. Beliau juga menasihati pergaulan diantara lelaki dan perempuan perlulah dijaga dengan baik agar tiada perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Nasihat beliau juga kepada para penuntut untuk sentiasa menjaga mata, cara percakapan mahupun perbuatan.
IMG_3154.jpg
  • Yang Mulia DSP Norkhatijah binti Haji Zainal daripada Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak pula mengongsikan mengenai kes-kes yang diterima berkenaan dengan wanita dan tindakan yang dapat diambil jika ada keganasan atau ugutan yang berlaku. Beliau menyatakan kes-kes yang paling tertinggi ialah kes keganasan rumahtangga terhadap isteri dan juga kes seksual dari segi menjatuhkan maruah seperti menjatuhkan maruah melalui media sosial. Para penuntut kemudiannya dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dan melaporkan kepada tenaga pengajar jika mengalami keganasan atau ugutan semasa waktu pembelajaran sebagai tindakan awal, selain daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa. Beliau menekankan kepada para pelajar untuk mengetahui akan hak masing-masing apabila berdepan dengan isu-isu keganasan atau ugutan.
IMG_3182.jpg
  • Yang Mulia Dayang Hajah Hadzilahwatie binti Haji Abdul Hamid, Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital Suri Seri Begawan mengongsikan diantara kes-kes mencabar yang pernah di tangani oleh Kebajikan Perubatan Hospital ialah kes melahirkan anak sebelum berkahwin. Menurut beliau, kes-kes seperti ini boleh mendorong kepada masalah kesihatan kepada ibu selepas proses melahirkan tambahan lagi jika wanita tersebut tiada sokongan yang baik, yang mana boleh menyebabkan kesihatan fizikal dan mental boleh terjejas. Beliau kemudiannya menasihati para penuntut untuk mengetahui kepentingan self-care dan meminta pertolongan apabila menghadapi kesusahan (seek help).
  • Yang Mulia Dayang Nur Judy binti Abdullah, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Project Women and Girls Development Enterprise atau Project Women Brunei pula mengongsikan kepentingan kumpulan sokongan kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga dan keberkesanan projek agensi beliau dalam membantu wanita membangun kerjaya dan kehidupan mereka. Beliau menerangkan peranan projek agensi beliau ialah untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan hak-hak wanita seperti hak untuk dilindungi, hak bekerja dan hak untuk mengambil bahagian dalam membuat sesuatu keputusan. Di kesempatan itu juga, beliau turut memperkenalkan khidmat yang diberikan oleh Project Women Brunei iaitu khidmat klinik nasihat yang dibukakan bagi lelaki dan perempuan, dimana khidmat nasihat dan konsultasi secara dalam talian dan percuma diberikan mengenai isu-isu yang dibincangkan.
Forum bertajuk “Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan” ini akan dilanjutkan ke Kampus IBTE Sultan Saiful Rijal pada 20 September 2023.
IMG_3243.jpg
Attachments
Created at 9/19/2023 9:39 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/19/2023 9:39 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim