Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

FORUM "SELAMAT DATANG KE DUNIA PEKERJAAN"

​​​IMG_8033.jpg

Forum PREPanita bertajuk "Selamat Datang ke Dunia Pekerjaan" anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan telah diadakan hari ini bertempat di Kampus IBTE Sultan Bolkiah, Seria.

Seramai lebih daripada 150 orang penuntut-penuntut IBTE telah menyertai Forum ini yang bertujuan untuk memperkasa pelajar-pelajar pengajian tinggi agar bersedia secara mental untuk menempuh alam pekarjaan dan melalui cabaran-cabaran dengan baik. Forum ini juga memberikan pendedahan mengenai isu-isu ganguan seksual di tempat kerja.

Forum dikendalikan oleh Awang Haji Asyraf bin Mohammad Ali  daripada JAPEM selaku moderator. Ahli-ahli panel terdiri daripada Dayang Siti Alifah binti Awang Osman, Pegawai Pembangunan Masyarakat, JAPEM; Dayang Sabrina binti Haji Mahmud, selaku wakil daripada Persatuan Siswazah Wanita (PSW) dan Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin, Pengerusi dan Pengasas Bersama Projek FEED.

IMG_3054.jpg

IMG_3100.jpg

Antara topik-topik yang dibincangkan oleh ahli-ahli panel ialah;

  • ​Dayang Siti Alifah daripada JAPEM telah mengongsikan mengenai kaedah yang berkesan untuk menangani para wanita yang menghadapi tekanan yang berlebihan di tempat kerja dan keseimbangan kehidupan kerja yang baik (work life balance).
  • Beliau menekankan kepentingan untuk menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan juga kehidupan iaitu dengan melakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan/stress dan burnout. Selain itu juga, menjaga kesihatan fizikal dan mental iaitu seperti menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, meningkatkan produktiviti kerja dan memperbaiki hubungan sosial adalah sangat penting untuk menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan juga kehidupan. Beliau juga mengongsikan Tips-Tips untuk mencapai dan mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang baik (good work-life balance). Salah satu tip yang dikongsikan ialah untuk mengenalpasti apakah yang menghalang daripada mencapai keseimbangan iaitu contoh isu kekurangan masa, oleh itu pengurusan masa adalah amat penting.
  • Dayang Sabrina binti Haji Mahmud selaku wakil daripada PSW mengongsikan pengalaman mereka dalam memperkasa wanita yang berilmu dan berwibawa dalam menempuh alam pekerjaan. Beliau juga menekankan bahawa komunikasi adalah penting terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan isu peribadi seperti isu gangguan seksual. Gangguan seksual iaitu misalnya di tempat kerja adalah isu sensitif bagi yang mengalaminya tetapi aduan perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang releven dan individu yang mengalaminya perlu tahu akan hak-hak mereka untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan.
  • Pengiran Haji Ahmad Fadilah selaku Pengurusi dan Pengasas Bersama Projek FEED pula mengongsikan mengenai peranan belia untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara dan seterusnya bersiap siaga menempuh alam pekerjaan dengan penuh kewibawaan. Beliau menasihatkan agar para pelajar menjadi lebih aktif melibatkan diri dalam kesukarelawanan agar dapat mengambil nilai-nilai pegangan untuk menempuhi alam pekerjaan. Beliau juga menekankan agar penuntut-penuntut sentiasa ingin menyahut cabaran untuk mengubah pola pemikiran dan melatih diri untuk mencari jalan penyelesaian.
IMG_8064.jpg
Forum bertajuk "Selamat Datang Ke Dunia Pekerjaan" ini juga akan dilanjutkan ke Kampus IBTE Sultan Saiful Rijal pada 18 September 2023.
Attachments
Created at 9/14/2023 8:53 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/14/2023 8:53 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim