Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA UNTUK TABUNG ORANG-ORANG CACAT

IMG_7903.jpg

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini telah menerima sumbangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Bahagian Kumpulan Perbankan Runcit (RBG).

Sumbangan adalah berbentuk derma berjumlah BND2,500.00 untuk Tabung Orang-Orang Cacat. Majlis penyerahan derma diadakan petang tadi di Pusat Bahagia Brunei Muara.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Yang Mulia Dayang Mirany Floridzah binti Abd Rahman, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Rohani binti Haji Salleh, Ketua Bahagian Jualan, Bahagian Kumpulan Perbankan Runcit (RBG).

IMG_7913.jpg

Hasil kutipan ini disalurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, pihak RBG kepada tabung persatuan yang dipilih iaitu Tabung Orang-orang Cacat Brunei Darussalam. Sumbangan yang diterima ini adalah hasil kutipan daripada bahagian berkenaan semasa promosi sempena bulan Ramadhan, Aidil Adha Treats bagi pengguna kad kredit. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan keperluan golongan yang memerlukan khususnya Orang Kelainan Upaya di samping untuk meraih keberkatan pahala dan sekaligus untuk mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata’aala. 

Attachments
Created at 8/16/2023 8:37 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 8/16/2023 8:37 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim