Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_2829.jpg

Satu majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada 7 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, angin kencang dan rumah roboh telah diadakan hari ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_7694.jpg

Seramai 2 orang ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Daerah Brunei Muara daripada Kampong Pengiran Bendahara Lama dan sebuah keluarga di Kampong Long Mayan, Daerah Tutong. Dua buah keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh daripada Kampong Saba Tengah dan Kampong Lurong Dalam, Daerah Brunei dan Muara dan dua buah keluarga mangsa kejadian angin kencang yang menetap di Kampong Pandai Besi B dan Kampong Sungai Pandan juga menerima sumbangan.

Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian-kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa berkenaan, pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang terlibat demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah. ​

Attachments
Created at 8/8/2023 11:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 8/8/2023 11:48 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim