Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Bank Islam Brunei Darussalam
(BIBD) telah mengadakan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim
peringkat kebangsaan hari ini bertempat di Kompleks Sukan Jerudong.
Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi menyampaikan derma ialah Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei
Darussalam dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang
Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bagi memberkati majlis, acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,
Surah An-Nisa ayat 36 hingga 42 oleh YM Awang Muhammad Amsyarrazin Mirza bin
Mohammad Arizza dan kemudian diterjemahkan oleh YM Awang Aqlan Fathullah bin
Sharifuddin. Kedua-dua pembaca adalah penuntut daripada Institut Tahfiz Al-Quran
Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Acara juga diteruskan dengan bacaan Doa Selamat dan
Allah Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh YM Haji Mohd Amaluddin bin Haji
Jamaluddin, Imam Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam Kampung Jerudong.

Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian Skim Hadiah Galakan Pelajar-pelajar
Cemerlang BIBD. Pada tahun ini seramai 30 orang anak-anak yatim yang telah
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peringkat ‘A’ dan ‘O’, Sijil Tinggi
Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan
Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) pada tahun 2024 menerima hadiah galakan. Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi
Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar tersebut ialah;
Pelajar Cemerlang bagi Peringkat ‘A’
- Dayang Haninah Shakira Binti Mohamad Fadzli
- Dayang Aleeya Maisarah Binti Haji Roslan
Pelajar Cemerlang bagi Peringkat ‘O’
- Dayang Nasha Zulaiha Binti Mohamad Fadzli @ Da Dam Kim
- Dayang Nur Afiqah binti Abdul Muiz
Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB)
- Awang Muhammad Razin Bin Haji Zakaria
- Awang Muhammad Syafiq Aiman Bin Sukarni
- Dayang Hamimi Nurbatrisyia Binti Hj Abd Kifli
- Dayangku Amirah Halimatun Zainah Binti Pg Hj Ali
Pelajar Cemerlang bagi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB)
- Awang Mohammad Naqibuddin Bin Asbinin
- Dayang Nurul Afiqah Binti Hasnan
- Awang Mohammad Azhuari Mal Bin Haji Rosman
Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU)
- Awang Dani'sh Hasya Bin Hj Abd Khani
- Dayang Bazilah Izzati Binti Haji Razali
- Dayang Nurhasya Irdina Binti Saiful Bahrin
- Awang Muhammad Wajdi 'Abqari Bin Haji Mohammad Junaidi
- Awang Abang Mohammad Hafidz Bin Abang Mohd Erwan
- Dayang Nurul Fa'eqah Syathirah Binti Zamain
- Dayang Nurul Iffah Hidayah Binti Abdullah Yahmiruddin Shah
- Dayang Nur Fadhiiah Binti Bahrin
- Dayang Izzatul Insyirah Binti Abdullah
- Dayang Nur Areej Amalia Binti Haji Harith
- Awang Zainul Asri Bin Awang Zaraini
- Dayang Anis Safwa Binti Aminnorrahman
Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR)
- Dayang Sharifah Nora May Binti Abang Mohammad Erwan
- Dayang Huda Sabrina Humaira' Binti Haji Ghazali
- Dayang Hajah Amirah Najwa Binti Mohammad Sahrin
- Dayang Siti Omirah Etikah Binti Haji Kalong
- Dayangku Nur'ain Alisa Zafeerah Binti Pengiran Haji Mohammad Sofian
- Awang Mohammad Qahir Saaduddin Bin 'Abdul Quddus
- Awang Muhammad Fadhlul Iqbal Bin Samsudin


Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian sampul-sampul derma kepada 3,309
orang anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JAPEM oleh tetamu kehormat
bersama. Daripada jumlah tersebut, seramai:
- 2,165 orang adalah anak yatim yang berdaftar di Daerah Brunei dan Muara;
- 510 orang anak yatim berdaftar di Daerah Tutong;
- 498 orang anak yatim berdaftar di Daerah Belait dan;
- 136 orang anak yatim yang berdaftar di Daerah Temburong.
Derma yang dihulurkan merupakan sumbangan melalui gabungan Tabung
Anak-Anak Yatim JAPEM, Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara dan
sumbangan daripada BIBD pada tahun ini. Jumlah sumbangan yang dihulurkan
melalui Tabung Anak-Anak Yatim JAPEM adalah sebanyak BND330,900.00.
Manakala, Tabung Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara menyumbangkan sejumlah
BND32,475.00 dan sumbangan daripada BIBD berjumlah BND165,450.00.
Urus Setia Tabung Anak-Anak Yatim sangat mengalu-alukan sumbangan derma dari
orang ramai bagi sama-sama menghulurkan bantuan kewangan kepada anak-anak
yatim yang berdaftar di bawah pendaftaran kebangsaan. Sumbangan derma tersebut
bolehlah dihulurkan melalui kaedah berikut:
- Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa
waktu pejabat sahaja, atau;
- Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim yang berlangsung selama 9 bulan mulai 25 Februari 2025 hingga
25 November 2025 dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan
jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai
contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi
pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada
39999; atau
- Melalui BIBD online atau memasukkan derma ke nombor akaun 0000-101-
004-9034 di bawah nama akaun “Tabung Anak-Anak Yatim”.
Di samping itu, kaunter-kaunter pendaftaran anak-anak yatim juga turut dibukakan
selama tiga hari, iaitu 5 Mac 2025, 6 Mac 2025 dan 8 Mac 2025 bertempat di Hab
Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian
Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
di talian 2380704 pada waktu pejabat atau menghubungi Talian Kebajikan 141 atau
Talian ANAK 121 pada bila-bila masa.
Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai akan dapat
membantu anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal selain meraih pahala
yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan sekaligus untuk
mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemangku Pegawai Daerah-daerah, Pengarah
Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung, wakil Bank Islam Brunei Darussalam
(BIBD) dan Pemangku Pengarah JAPEM adalah Pengerusi Majlis.