Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

IMG_2239.jpg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Persatuan Jururawat, Negara Brunei Darussalam (PENJURU) bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan petang ini.

Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh YM Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah, Yang Dipertua, Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU), yang berjumlah Dua Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Empat Ringgit (BND 22,884.00).

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada seluruh pegawai dan kakitangan hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh daerah melalui kempen kutipan derma yang dijalankan oleh ahli-ahli PENJURU.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dan ahli-ahli PENJURU.

IMG_2251.jpg

Tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dilanjutkan selama enam bulan lagi yang akan berakhir pada 18 April 2025 bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma kepada rakyat Palestin di Gaza.

Orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan kutipan derma bagi tabung berkenaan hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urus Setia Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, jika hasil kutipan bersih (100%) disumbangkan kepada tabung berkenaan. Jika ada individu, persatuan dan agensi lain yang berdaftar ingin menderma sebahagian sahaja dari hasil kutipan bersih yang diperolehi dari mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk hiburan awam, adalah disarankan untuk memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Selain itu, orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan juga boleh menderma secara dalam talian melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), nombor akaun 00-001-01-0089051 (Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023) atau melalui perkhidmatan BIBD QuickPay dengan mengimbas Kod QR yang boleh didapati di poster-poster dan pelekat-pelekat (sticker) Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.

Peti-peti tabung juga disediakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara. Di samping itu, orang ramai juga boleh menghantar derma terus kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat.

Attachments
Created at 10/22/2024 8:45 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/22/2024 8:45 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim