Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_9166.jpg

Seramai 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Setia B dan rumah roboh Kampong Peramu yang berlaku pada 11 Mei 2024 telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.

IMG_9200.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah. 

IMG_9258.jpg

Attachments
Created at 6/6/2024 10:57 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 6/6/2024 10:57 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim